PERKHEMAHAN 2010 DI TROLAK RESIDENCE




salam perpaduan,
sekali lagi skg berpeluang menjalankan aktiviti perkhemahan di tapak perkhemahan trolak residence, trolak, perak....
tahniah kepada en.zoolfadli gpk kokurikulum dan dibantu oleh semua guru skg kerana berjaya merealisasikan aktiviti perkhemahan untuk tahun 2010....
rasanya tk perlu la nak ulas lebih panjang....anda semua tatapi lah foto - foto yang berjaya dirakam sepanjang 2hari 1malam di tapak perkhemahan.....





LATIHAN SUKAN HARI KE 4, 5, 6.....


salam perpaduan..
hari ni masuk minggu ke 2 latihan sukan diadakan.... murid skg masih dalam keadaan ceria dan sehat sejahtera...cikgunya dh mula mencari tukang urut... masing - masing sudah terasa sakit seluruh badan....
namun demikian, semangat perjuangan masih membara... saksikan la poto yang sempat dirakam oleh lensa kamera....




LATIHAN SUKAN HARI KE 3.....

salam perpaduan,
sekejap je dh masuk hari ke 3 latihan sukan diadakan... badan pun dah mula sengal - sengal..almaklum la dah tak berapa nak muda...tapi perjalanan kerja tetap diteruskan...
hari ini seperti semalam dan kelmarin latihan bermula dengan murid - murid diminta membuat senaman ringan...regangan dan memanaskan badan..
seterusnya setiap rumah ke acara yang telah ditetapkan di dalam jadual... anda saksikan sendiri aksi - aksi yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera...




LATIHAN SUKAN HARI KE 2.....

salam perpaduan,
hari ni masuk hari ke dua...guru dan murid skg turun padang... dan hari ni juga bermacam - macam gelagat dapat disaksikan...ada yang lucu tidak ada yang sedih....
semua bergembira di atas padang...
nak cerita banyak pun tak berapa nak ada ummmpppp!!!!.... lebih baik kekawan saksikan sendiri aksi - aksi yang dapat di bekukan di dalam gambar - gambar di bawah...
kita berjumpa lagi esok hari....


LATIHAN SUKAN BERMULA.......

salam perpaduan,
UPSR sudah berlalu....Jamuan Hari Raya juga sudah berlalu....kini sukan skg mengambil tempat.
Bermula hari ini 27hb Sept 2010... kesibukan guru dengan persiapan menghadapi sukan skg pun mengambil tempat... latihan sukan antara rumah kuning, rumah biru, rumah merah dan rumah hijau giat dijalankan...
guru dengan semangat yang berkobar - kobar cuba mencari para peserta yang akan mewakili rumah masing - masing...
berbagai gelagat akan kita lihat dalam pencarian bakat muda skg.... mungkinkah seperti tahun - tahun sebelumnya..akan ada pelbagai peristiwa lucu dan sedih akan terjadi?...kita lihat nanti.....


RAYA 2010


salam,
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!.....yeeeee....UPSR dah tamat...
sehari selepas UPSR selesai pihak SKG telah mengadakan jamuan raya 2010 bertempat di dewan SKG.
meriah benar lagaknya warga skg meraikan hari raya pada tahun ni. Dengan berpakaian berbagai rupa dan warna guru dan murid bermesra sesama mereka sambil menjamah juadah yg menyelerakan.
majlis bermula dengan perasmian oleh en.suhaimi hj.ramly guru besar skg dan seterusnya pertandingan pakaian cantik mengambil tempat. hebat juga anak - anak skg, sukar untuk pengadil membuat keputusan.
selain dari itu, majlis juga diserikan dengan nyanyian beramai - ramai lagu - lagu hari raya yang dipersembahkan oleh murid - murid yang dilatih khas oleh cikgu kosnan.
tahniah kepada semua guru yang bertungkus lumus menyediakan juadah yang lazat dan mengenyangkan, tahun depan ada rezeki dan umur panjang kita bersua kembali dalam majlis yang lebih gemilang.


UPSR 2010 bermulanya sebuah pendakian...


salam semua,
22hb sept 2010.... peperiksaan besar yg perlu ditempuhi oleh setiap pelajar sekolah rendah....
setelah bertungkus lumus membuat persediaan..hari yg dinanti tiba jua... bermacam rasa yg bermain di hati setiap murid...tak lupa juga bagi seorang guru...juga terpalit sama... rasa yg sukar digambarkan dengan kata - kata.... cemas ada...risau pun ada... lapang dada juga ada... biasa la...semuanya hendakkan yang terbaik...tu yang bermacam rasa yang timbul.... takut ada yg terkedu bila mendapat soalan....
walaubagaimanapun...bagi seorang guru...doa dan harapan...yang terbaik bisa dilaksanakan oleh setiap murid... insyaAllah amin....
untuk semua murid... jaga kesihatan... be cool... dan jangan tinggal walau satu soalan pun tanpa jawapan....

MAJLIS KHATAM ALQURAN DAN PENUTUP IHYA' RAMADHAN





salam perpaduan,
dah lama tk update blog nie...sebok dengan persediaan UPSR dan berbagai lagi. untuk kesekian kalinya dapat juga la mencuri masa untuk mencatat aktiviti yg berlaku di skg.
3hb sept 2010 bertempat di dewan skg, telah diadakan majlis khatam alquran dan penutupan ihya' ramadhan.
majlis perasmian telah disempurnakan oleh tuan guru besar, en.suhaimi bin hj ramly dan dihadiri oleh seluruh warga gedangsa.
dalam majlis tersebut seluruh warga gedangsa bersalam - salaman dan bermaaf - maafan sempena menyambut kehadiran aidil fitri. murid - murid juga telah menerima duit raya oleh guru - guru mereka.
selamat hari raya aidil fitri....

KLIP REUNION

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN


salam perpaduan,
1hb jun hingga 6hb jun...seminggu dalam keadaan buku menjadi teman setia. telah ditetapkan di dalam takwim persekolahan 2010, minggu ini adalah minggu peperiksaan. setelah bertungkus lumus belajar selama 6 bulan, maka sudah tiba masanya murid diduga dengan kertas - kertas peperiksaan.
objektifnya adalah untuk melihat sejauh mana kemahiran yang disampaikan oleh guru, dapat diterima oleh murid. hasil daripada markah yang diperolehi dalam peperiksaan ini akan menjadi kayu ukur untuk guru menambahbaik strategi penyampaian didalam P&P.
untuk murid, adalah diharapkan apa sahaja markah yang diterima di dalam peperiksaan ini dapat dijadikan penanda aras untuk memperbaiki cara belajar dan juga menambahbaik lagi sahsiah diri.
akhir kalam, diucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan....buat yang terbaik wok!!

ALIF BA TA

MENGENAL MASA

PENANGAN LAGU BIJAK SIFIR

SKUAD PENEMBAT TEPAT....hari guru 2010



salam perpaduan,
rasa gembira di majlis sambutan hari guru masih lagi terbayang di mata. untuk kesekian kalinya di paparkan adegan - adegan terlampau yang sempat diambil oleh jurugambar - jurugambar profesional yang diupah khas dengan kadar bayaran RM34,564 sejam. anda saksikan sendiri betapa hebatnya para jurugambar tersebut mengambil gambar.hebat tu...
SESIAPA YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN SKUAD PENEMBAK CICAK SILA BERHUBUNG DENGAN KAMI DI SKG....masalah cicak di rumah anda akan selesai dengan adanya kami.....wakakkakaka





SAMBUTAN HARI GURU 2010 (part 2)

salam perpaduan,
jumpa lagi...rasa tak puas la pulak cuma upload beberapa gambar. untuk kenangan abadi di paparkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda...












































....hebatnya skg....satu kepala..gila - gila...ukhwah terikat kukuh...












SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA