hari guru 2011

salam perpaduan,
sedar tak sedar...tahun berganti tahun...dan seperti tahun - tahun sebelumnya...tepat 16 Mei...sambutan hari guru kan menjelma...
dan untuk tahun ini...sambutan hari guru tetap berjalan dengan meriah dan berjaya menarik kehadiran 2500 penonton....hahhahaha...class gitu...
bermula dengan acara bertukar hadiah antara guru, kemudian diikuti dengan pertandingan iron baju baru yang di menangi oleh cekgu cepoi..
diikuti pula dengan sukaneka inter rumah antara guru...dan acara yang ditunggu...persembahan guru inter rumah....
dengan bangganya diumumkan johan untuk persembahan terbaik...dimenangi oleh rumah kuning....sukaneka pula dimenangi rumah biru...dan juara keseluruhan pastinya diserahkan kepada guru rumah kuning...hebat!!!

banyak lagi acara yang berlangsung...untuk ditulis di sini terlalu banyak...senang cerita...anda lihat le sendiri gambar2x yang sempat disnap sewaktu sambutan berlangsung...
adios amigos...see u next teacher day.....bye

















PESTA B.BALING MSSD (R) 2011


salam perpaduan,

YEAH!!!!!.....SKG menang lagi!!!!!!!!!!!!!!!!.......
pesta bola baling mssd kembali lagi setelah tahun lepas dibatalkan atas alasan kewangan...tahun ini, seperti tahun sebelumnya...SKG menjadi tuan rumah daerah..dan dengan komitmen yang jitu oleh yang berkaki lebar, cikgu salleh...pesta kali ini berjaya diadakan dengan gemilangnya...tahniah pd cikgu salleh...tak sesia2x xtido selama seminggu membuat segala persiapan...
dalam kejohanan kali ini...pasukan lelaki skg terkandas di suku akhir dan gagal meneruskan kemaraan...namun begitu, kekecewaan itu ditebus dengan kehebatan yang ditunjukkan oleh pasukan perempuan...
...dannnnnnnnnnnnnn tak lupa juga..tahniah dan penghargaan setinggi KLCC atas keletihan guru - guru bersorak memberi sokongan kepada pasukan skg....chaiyokkkk!!!....kita menang lagi.....





GEDANGSA TEMPAT KE 3



salam perpaduan,
baru balik dari pesta bola MSSD H.Sel bawah 12tahun yang berlangsung seharian di padang Sk Kuala Kubu Bharu....

setelah berbulan - bulan memerah keringat berlatih dan menumpahkan segala bakat....akhirnya sk gedangsa berjaya mendapat tempat ke 3 bola sepak MSSD Hulu Selangor dan 4 pemain telah berjaya terpilih untuk bermain dalam pasukan bawah 12 Hulu Selangor ke pertandingan peringkat negeri...
tahniah kepada jurulatih, en.azizi...pengurus pasukan cikgu salleh...pemandu kenderaan..cikgu zul, cikgu nizar dan tukang tangkap gambo...cikgucepoi...hehehe...
tak lupa juga tahniah dan ucapan terima kasih kepada warga gedangsa yang sudi mengikut rombongan penyokong ke setiap vanue pertandingan....juga tahniah kepada YDP PIBG yang menunjukkan komitmen yang jitu dengan memberi sokongan moral tidak berbelah bahagi...dan terima kasih le kerana sudi belanja rombongan pasukan bola sepak dengan makan besar di restauran tomyam 2+1... juga sanggup YDP berbelanja besar dengan menyediakan berdozen - dozen 100plus dan minuman untuk pemain...tahniah YDP...
juga terima kasih kepada GPKokurikulum, cikgu zul, yang sentiasa memberi sokongan moral di balik tabir...
tak lupa juga kepada GB yang sanggup menanti hingga ke titisan keringat terakhir..terima kasih...
oh ya... asyik ucap tahniah dan terima kasih je...mana 'story' bola?....hehehhee...
ok...nie nak 'story' pasal cerita seharian di pesta bola MSSD...
SK Gedangsa telah diundi bertemu SK Batangkali di peringkat suku akhir..dan berjaya menewaskan SK Batangkali setelah melalui detik - detik cemas selama 40 minit...

haaa..klip video di atas adalah gol emas yang dijaringkan waktu bertemu sk.bkt.beruntung
...yang ni pulak adalah satu - satunya gol yang berjaya dicuri oleh sk gedangsa sewaktu bertemu sk. ulu yam baru di peringkat separuh akhir...keputusan rasmi sk.gedangsa 1 - sk ulu yam baru 3

..dan akhirnya penentuan tempat ke 3 dan ke 4...sk gedangsa berjaya menewaskan sk.batangkali dengan tendangan penalti...
TAHNIAH SKG!!

SK GEDANGSA VS SK KUALA KUBU BHARU 1

salam perpaduan,
22hb Mac 2009...pesta bola sepak MSSD Hulu Selangor bersambung kembali dengan pusingan ke dua mengambil tempat...
untuk pusingan ke dua, perlawanan di adakan di padang sk kuala kubu bharu, dengan 16 pasukan mempertaruhkan bakat dan kehebatan masing - masing untuk mengisi 8 tempat ke pusingan suku akhir...
sk gedangsa telah diundi untuk menentang pasukan yang tidak kurang hebatnya iaitu sk kuala kubu bharu 1...
berbekalkan semangat juang dan skill yang tinggi di bawah jurulatih yang berkaliber..en.azizi dan cikgu salleh...sk gedangsa telah berjaya membuka pintu jalan pulang untuk pasukan sk kuala kubu bharu 1... keputusan yang diharapkan oleh seluruh warga skg.... skg 1 skkkb1 0...chaiyok skg!! sok main lagi....

GOL KEMENANGAN YANG DICARI - CARI......TAHNIAH LA KOME!!

SISTEM E-TUKAR

SISTEM E-TUKAR KPM LEMBAP
Tuesday, 26 October 2010

© 2011 - PPD Hulu Langat

PESTA BOLA SEPAK DAERAH MSSD BAWAH 12THN

salam perpaduan,
10hb Mac 2011, bertempat di padang Sk Ulu Yam Baru dan padang Sk.Kuala Kubu Bharu, H.Sel, telah berlangsungnya Pesta Bola Sepak Daerah MSSD bawah 12tahun.
Pasukan Sek.Keb.Gedangsa telah diundi akan bermain dengan pasukan dari SJKT KKB, SK.SG.CHOH, SK.RASA dan SK AMPANG PECAH.
Setelah mengharungi latihan intensif selama beberapa bulan, pasukan yang diketuai oleh adik Amirul anak kesayangan pakcik Jakik kita telah menunjukkan prestasi luar biasa hebat.
Bermula langkah pertama, perlawanan pertama menentang pasukan SJKT KKB berkesudahan dengan SKG 8 dibalas 0 oleh SJKT KKB.
Kegarangan SKG semakin menyerlah dalam perlawanan ke dua, dengan membelasah SK Rasa 2-0 dan tanpa dapat dihalang, SKG telah meneruskan rentak cemerlang dalam perlawanan ke 3 dengan menumpaskan SK.Sg Choh 4-0.
Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, SKG telah menunjukkan prestasi sebagai pasukan yang digeruni dengan menewaskan SK Ampang Pecah 1-0.
Dengan itu pasukan SKG telah dinobatkan sebagai juara kumpulan dan layak bertanding di peringkat kalah 16 pasukan terbaik pada 21hb Mac, di padang SK Kuala Kubu Bharu.






ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010

salam perpaduan,
2010 berlalu pergi....2011 mengetuk pintu.
aktiviti 2011 dimulakan dengan hari anugerah kecemerlangan 2010 untuk menghargai kecemerlangan yang telah dicapai oleh murid skg dalam setiap bidang pada tahun 2010.
pencapaian terbaik upsr 2010 telah diraih oleh:
1) abhirahmih rajan
2) intan suhaila mahfuzah abdul malek
3) khairunnisa izyan zulkefli
4) nur insyirah rosli
tokoh akademik pula disandang oleh adik intan suhaila mahfuzah abdul malek...
tokoh kepimpinan dipegang oleh adik nublan anwar....
manakala tokoh kokurikulum diberikan kepada mohd nadzmi ajlan...
untuk tokoh murid skg 2010 telah dipilih sebulat suara untuk dianugerahkan kepada adik mohd nadzmi ajlan atas pencapaiannya yang cemerlang dalam semua bidang....akademik, kepimpinan dan kokurikulum...
semoga dengan adanya majlis seperti ini, dapat melonjakkan semangat anak didik skg untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang dalam bidang masing - masing....



SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA