GEDANGSA TEMPAT KE 3



salam perpaduan,
baru balik dari pesta bola MSSD H.Sel bawah 12tahun yang berlangsung seharian di padang Sk Kuala Kubu Bharu....

setelah berbulan - bulan memerah keringat berlatih dan menumpahkan segala bakat....akhirnya sk gedangsa berjaya mendapat tempat ke 3 bola sepak MSSD Hulu Selangor dan 4 pemain telah berjaya terpilih untuk bermain dalam pasukan bawah 12 Hulu Selangor ke pertandingan peringkat negeri...
tahniah kepada jurulatih, en.azizi...pengurus pasukan cikgu salleh...pemandu kenderaan..cikgu zul, cikgu nizar dan tukang tangkap gambo...cikgucepoi...hehehe...
tak lupa juga tahniah dan ucapan terima kasih kepada warga gedangsa yang sudi mengikut rombongan penyokong ke setiap vanue pertandingan....juga tahniah kepada YDP PIBG yang menunjukkan komitmen yang jitu dengan memberi sokongan moral tidak berbelah bahagi...dan terima kasih le kerana sudi belanja rombongan pasukan bola sepak dengan makan besar di restauran tomyam 2+1... juga sanggup YDP berbelanja besar dengan menyediakan berdozen - dozen 100plus dan minuman untuk pemain...tahniah YDP...
juga terima kasih kepada GPKokurikulum, cikgu zul, yang sentiasa memberi sokongan moral di balik tabir...
tak lupa juga kepada GB yang sanggup menanti hingga ke titisan keringat terakhir..terima kasih...
oh ya... asyik ucap tahniah dan terima kasih je...mana 'story' bola?....hehehhee...
ok...nie nak 'story' pasal cerita seharian di pesta bola MSSD...
SK Gedangsa telah diundi bertemu SK Batangkali di peringkat suku akhir..dan berjaya menewaskan SK Batangkali setelah melalui detik - detik cemas selama 40 minit...

haaa..klip video di atas adalah gol emas yang dijaringkan waktu bertemu sk.bkt.beruntung
...yang ni pulak adalah satu - satunya gol yang berjaya dicuri oleh sk gedangsa sewaktu bertemu sk. ulu yam baru di peringkat separuh akhir...keputusan rasmi sk.gedangsa 1 - sk ulu yam baru 3

..dan akhirnya penentuan tempat ke 3 dan ke 4...sk gedangsa berjaya menewaskan sk.batangkali dengan tendangan penalti...
TAHNIAH SKG!!

SK GEDANGSA VS SK KUALA KUBU BHARU 1

salam perpaduan,
22hb Mac 2009...pesta bola sepak MSSD Hulu Selangor bersambung kembali dengan pusingan ke dua mengambil tempat...
untuk pusingan ke dua, perlawanan di adakan di padang sk kuala kubu bharu, dengan 16 pasukan mempertaruhkan bakat dan kehebatan masing - masing untuk mengisi 8 tempat ke pusingan suku akhir...
sk gedangsa telah diundi untuk menentang pasukan yang tidak kurang hebatnya iaitu sk kuala kubu bharu 1...
berbekalkan semangat juang dan skill yang tinggi di bawah jurulatih yang berkaliber..en.azizi dan cikgu salleh...sk gedangsa telah berjaya membuka pintu jalan pulang untuk pasukan sk kuala kubu bharu 1... keputusan yang diharapkan oleh seluruh warga skg.... skg 1 skkkb1 0...chaiyok skg!! sok main lagi....

GOL KEMENANGAN YANG DICARI - CARI......TAHNIAH LA KOME!!

SISTEM E-TUKAR

SISTEM E-TUKAR KPM LEMBAP
Tuesday, 26 October 2010

© 2011 - PPD Hulu Langat

PESTA BOLA SEPAK DAERAH MSSD BAWAH 12THN

salam perpaduan,
10hb Mac 2011, bertempat di padang Sk Ulu Yam Baru dan padang Sk.Kuala Kubu Bharu, H.Sel, telah berlangsungnya Pesta Bola Sepak Daerah MSSD bawah 12tahun.
Pasukan Sek.Keb.Gedangsa telah diundi akan bermain dengan pasukan dari SJKT KKB, SK.SG.CHOH, SK.RASA dan SK AMPANG PECAH.
Setelah mengharungi latihan intensif selama beberapa bulan, pasukan yang diketuai oleh adik Amirul anak kesayangan pakcik Jakik kita telah menunjukkan prestasi luar biasa hebat.
Bermula langkah pertama, perlawanan pertama menentang pasukan SJKT KKB berkesudahan dengan SKG 8 dibalas 0 oleh SJKT KKB.
Kegarangan SKG semakin menyerlah dalam perlawanan ke dua, dengan membelasah SK Rasa 2-0 dan tanpa dapat dihalang, SKG telah meneruskan rentak cemerlang dalam perlawanan ke 3 dengan menumpaskan SK.Sg Choh 4-0.
Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, SKG telah menunjukkan prestasi sebagai pasukan yang digeruni dengan menewaskan SK Ampang Pecah 1-0.
Dengan itu pasukan SKG telah dinobatkan sebagai juara kumpulan dan layak bertanding di peringkat kalah 16 pasukan terbaik pada 21hb Mac, di padang SK Kuala Kubu Bharu.






SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA