Showing posts with label bekas anak murid. Show all posts
Showing posts with label bekas anak murid. Show all posts
PERHIMPUNAN BEKAS PELAJAR SKG
salam perpaduan,
alhamdulillah buat julung kalinya dapat juga saya merealisasikan perhimpunan bekas pelajar skg keluaran tahun 90' - 04. walaupun ramai yang punya komitmen kerja dan sebagainya, namun kehadiran tidak terlalu mengecewakan. hampir 60 orang bekas pelajar telah menghadiri majlis ini. namun begitu akibat dari masa yang terlalu panjang di dalam slot bersama mb perak, maka ramai yang telah meninggalkan majlis terlalu awal.
seribu kemaafan dari pihak saya jika anda pulang dengan hampa. walaubagaimanapun saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua hadir dalam majlis ini.


alhamdulillah buat julung kalinya dapat juga saya merealisasikan perhimpunan bekas pelajar skg keluaran tahun 90' - 04. walaupun ramai yang punya komitmen kerja dan sebagainya, namun kehadiran tidak terlalu mengecewakan. hampir 60 orang bekas pelajar telah menghadiri majlis ini. namun begitu akibat dari masa yang terlalu panjang di dalam slot bersama mb perak, maka ramai yang telah meninggalkan majlis terlalu awal.
seribu kemaafan dari pihak saya jika anda pulang dengan hampa. walaubagaimanapun saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua hadir dalam majlis ini.


SEMINAR MOTIVASI KITA iNSAN TERPILIH (KiT) 2010


salam perpaduan,
maaf la dah lama tak 'update' blog ni. terlalu sebok dengan banyak perkara, maklumlah pilihanraya kecil tempoh hari telah memakan banyak waktu guru. guru telah diminta menghadiri banyak perjumpaan bersama menteri - menteri yang silih berganti.
dalam kesebokan itu, saya sempat juga merangka program motivasi untuk pelajar yang akan menghadapi UPSR. Jika dahulu program ini dinamakan sebagai Creative Learning, A Star Student dan 30 minit bersama, untuk tahun 2010 sekali lagi namanya telah ditukar menjadi KITA iNSAN TERPILIH (KiT).


seramai 94 orang murid menyertai program ini yang dikendalikan oleh saya dan dibantu oleh tenaga guru muda seramai tujuh orang. alhamdulillah program berjalan seperti yang dirangka. besar harapan saya dan seluruh warga skg agar segala apa yang disampaikan sewaktu program ini berlangsung dapat menjadi kunci pegangan kepada anak - anak skg untuk terus menggapai kecemerlangan sebagai seorang insan. WE ARE LOVABLE AND CAPABLE PERSON...dan kita adalah insan terpilih dan kita adalah insan cemerlang...insyaAllah
SEMINAR KECEMERLANGAN MATEMATIK GURU MUDA


salam perpaduan,
seminar? ya, untuk kesekian kalinya, panitia matematik skg telah mengadakan seminar kecemerlangan matematik bertempat di dewan besar sekolah.
alhamdulillah kehadiran murid 100% dan kehadiran guru muda menambah ceria suasana.
banyak ilmu yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu en.hassan basri dari ppd hulu selangor.
tahniah dan terima kasih atas kesudian tuan penceramah kerana menitipkan ilmu buat kali terakhir sebelum melangkah ke alam baru menjadi pegawai di ppd. terima kasih juga kepada guru muda yang menunjukkan komitmen jitu dalam menjayakan misi kita melahirkan murid yang cintakan matematik.
GURU MUDA MENYEMAI BUDI MENUAI BUKTI


salam perpaduan,
alhamdulillah hari ni bermula cerita anak - anak muda turun ke bendang menyemai budi. awal cerita memang kekok untuk bermula, namun bila keringat sudah menyirami tubuh, semangat mula menyengat, aura mula meliputi segenap pancaindera, bahang masa bergerak terlalu pantas sehingga 2jam yang diperuntukkan terasa singkat adanya.
begitulah sebuah cerita sebuah pengorbanan. awal langkah kaki terasa berat, namun apabila resapan aura menyelinap ke seluruh anggota, langkah kaki terasa ringan, perjalanan yang panjang bagai tidak terasa.........
hari ini kita menyemai budi, kita sirami benih dengan kemanisan ilmu, kita taburkan kasturi mewangi agar harumnya kekal abadi........
terima kasih semua....
PROGRAM GURU MUDA MATEMATIK

salam perpaduan,
terima kasih kepada mantan murid skg yang sudi menyahut seruan untuk berbakti di sini. walaupun sudah lama meninggalkan sekolah ini, alhamdulillah kami masih lagi berada di hati anda semua..
dengan adanya program seumpama ini, cita - cita dan impian warga skg untuk melihat kecemerlangan selama ini dapat dipertahankan malah dapat digilap menjadi lebih gemilang.
untuk mantan skg yang jauh di mata, anda semua tetap di hati kami. bersedialah menyahut seruan kami untuk berbakti di sini sedikit masa lagi. lebih banyak program telah dan sedang dirangka untuka kebaikan anak - anak felda gedangsa...
INILAH KITA 1990-2010
Salam perpaduan,
20 tahun mencurah bakti. banyak peristiwa tercatat dalam lipatan sejarah. jika dicatat semuanya di sini pastinya ruangan tidak mencukupi.
biarlah gambar menjadi pencerita segala perkara yang dilakukan bersama.
P/S: sesapa ada gambar dulu - dulu di skg, boleh la upload dlm fb.


balasungkawa untuk yang telah tiada: khairie bahrain





20 tahun mencurah bakti. banyak peristiwa tercatat dalam lipatan sejarah. jika dicatat semuanya di sini pastinya ruangan tidak mencukupi.
biarlah gambar menjadi pencerita segala perkara yang dilakukan bersama.
P/S: sesapa ada gambar dulu - dulu di skg, boleh la upload dlm fb.


balasungkawa untuk yang telah tiada: khairie bahrain





QATAR MENDAPAT KHIDMAT DARI X-SKG

salam perpaduan,
ramai x-skg yang tlah berjaya membuktikan diri mereka merupakan insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang.
dahulu mereka juga seperti kita. seorang budak hingusan yang bertungkus lumus belajar siang dan malam untuk berjaya dalam peperiksaan.
dahulu mereka juga seperti kita. seorang budak hingusan yang saban hari pergi sekolah yang kadang kala tanpa tujuan dan matlamat.
dahulu mereka juga seperti kita. adakala gagal dalam ujian dan peperiksaan. tak faham apa yang diajar guru.
dahulu mereka juga seperti kita. hanya tahu berseronok tanpa memperdulikan kehendak dan perasaan orang tua kita yang inginkan kejayaan kita.
namun rezeki ketentuan Allah s.w.t. apa sahaja yang terjadi adalah atas keizinanNya. pokok pangkalnya motivasi yang paling kuat yang mampu mendorong kita ke arah cita - cita adalah dengan satu perkataan mudah "NAK".
"NAK"?. apa kebendenya tu?
Nak adalah singkatan perkataan HENDAK. nak seribu daya tak nak seribu dalih. kalau memang hati tu 'nak' apa saja cara kita akan lakukan untuk mendapatkan apa yang kita nak.
mak dan abah atau guru tak perlu membebel untuk paksa kita kalau hati kita kata 'nak'.
"nak" merupakan tangkal yang paling hebat yang perlu ada pada setiap orang yang inginkan kejayaan.
kalau tangkal ini ada pada anda pastinya anda akan jadi seperti x-skg di dalam gambar di atas.
nazri nasirai empunya diri, merupakan x-skg memegang jawatan 'jurutera' dan kini menetap di Qatar. beliau merupakan murid keluaran 93' yang telah berjaya menjawat jawatan yang baik.
so, anda ingin jadi seperti dia? mulai hari ini, sematkan tangkal "NAK" di hati anda.
InsyaAllah anda juga akan berjaya disuatu ketika disuatu masa.
BLOG BEKAS ANAK MURID SKG (3)
salam perpaduan,
ni satu lagi blog xmurid skg hasil pencarian di alam cyber. tahniah kepada cikgu lyn atas keberhasilan menghasilkan blog untuk dikongsi bersama.
untuk anda yang berminat mengetahui suka duka perjalanan seorang guru bolehlah melayari blog cikgu lyn dengan klik di sini
BLOG BEKAS ANAK MURID SKG (2)
salam perpaduan,
ni saya nak perkenalkan satu lagi blog yang xmurid skg hasilkan. nice blog. sesuai untuk golongan remaja berkongsi pengalaman dan idea. tahniah la kepada Fatin yang dapat menghasilkan blog yang baik. semoga sukses dulu, kini dan selamanya.
untuk semua anda boleh melayari blog Fatin di alamat di atas blog nie atau klik sini
BLOG BEKAS ANAK MURID SKG

salam perpaduan,
usaha menyelongkar alam cyber untuk menjejak ilmu, rakan dan sahabat membawa kepada penemuan blog bekas anak murid skg. ok gak gaya penulisan si empunya blog.
saya syorkan anda mengikuti penulisan di dalam blog ni. menarik untuk dijadikan santapan rohani.
nama empunya blog madihah budak cemerlang dari gedangsa. link untuk blognya ada kat atas blog ni; MADIHAHBLOG(bestnie)
REUNION 95
salam perpaduan,
gambar di atas diambil dari blog cikgu lyn soeharto. sory ambik tanpa bagi tahu. ye lah ngkorang ambik gambar bukan nak bagi pada cikgu. camnepun tahniah kepada anda semua kerana berjaya menjadi orang. tak kira lah apa kerja you allz. pokoknya tak de yang terbongkang kat longkang atau makan free kat dalam bilik yang tak de tingkap.
bila lagi nak wat reunion? cikgu ingat nak kumpulkan you allz waktu cuti raya puasa 2010. itu pun kalau masa mengizinkan. nak jugak tengok ngkorang punya isteri dan suami serta anak - anak. atau yang tak kahwin lagi tu boleh genyit - genyit mata ngan kekawan sesama nasib.
k, see you in blog n facebook.
anak didik skg

salam pada semua,
blog ini penulis dedikasikan kepada warga gedangsa dan seluruh family sk gedangsa atas kesudian menerima penulis mencurah bakti di sini.
Tahun 1990 merupakan langkah kaki pertama penulis ke alam pendidikan dan bergelar cikgu. terima kasih dan alhamdulillah kepada anak - anak didik yang telah mengajar dan mematangkan penulis dalam mengharungi perjalanan sebagai seorang guru.
dengan adanya ILTIZAM SKG, dapatlah penulis merakam segala cerita suka, duka yang berlaku di skg.
semoga segala apa yang terakam dalam blog ini menjadi inspirasi kepada semua dalam menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)