Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

KE MANA PINDAHNYA CIKGU SUHAIMI DAN PN ROSIDAR?


salam perpaduan,
akhirnya teka - teki ke mana pindahnya cikgu suhaimi dan pn rosidar akhirnya terjawab. menurut surat kementerian yang diterima pada 1/3/2010, cikgu suhaimi akan berpindah ke sk kalumpang, hulu selangor. manakala pn rosidar akan ke STAR, kkb.
siapa pula yang akan menjadi guru besar sk gedangsa?
bagai sireh pulang ke junjung, cikgu yang pernah mengajar di skg dahulu akhirnya pulang untuk mencurah bakti sekali lagi di sini.
anak tempatan, yang kini menjadi guru besar sk hulu bernam akan kembali ke skg. kenal cikgu akhwan jamil?. beliau telah dilantik menjadi guru besar skg selepas ini.
tahniah kepada cikgu akhwan dan terima kasih cikgu suhaimi dan pn rosidar.

PN ROSIDAR PINDAH?!!!!


salam perpaduan,
berita panas yang kedua;

benar ker pn. rosidar akan pindah? ke mana? sebab apa?

segalanya akan diketahui pada petang ini 1/3/2010 pukul 3.00ptg di bilik mesyuarat ppd.

kalau benar, nampaknya 2 orang pentadbir yang hebat dari skg akan meninggalkan kami dengan seribu kenangan.

CIKGU SUHAIMI PINDAH?!!!


salam perpaduan,

cikgu suhaimi pindah? betul ker? berita yang baru diterima dari mulut cikgu suhaimi sendiri. surat akan diterima pada pukul 3.00 petang ini di bilik mesyuarat ppd pada petang ini 1/3/2010.

pindah mana? tak tahu lagi. walaubagaimanapun, skg tentunya terasa kehilangan cikgu suhaimi. selama 16 tahun mencurah bakti di sini, pastinya segala pengorbanan akan menjadi kenangan abadi bagi setiap warga skg dan xskg.

kami warga skg memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki apa sahaja kelemahan dan kesilapan kami terhadap cikgu.

andaikata berita ini tidak benar, syukur alhamdulillah. kami sentiasa mengalu - ngalukan cikgu di sini.

RUMAH ATAN TERBAKAR








dipetik dari madihablog




Besarnya Tarbiyah Allah~~
Posted by Nur Madihah Hassan Borhan
Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t

Lama rasanya meninggalkan medan tinta ni..

Hari ni hari khamis..

Pada petang tadi,ana dikejutkan dengan satu peristiwa yang cukup memberi pengajaran dalam hidup ana..

Ana mendapat panggilan telefon daripada sahabat ana,Fatin Hamidah..

Mendengarkan suaranya saat itu amat cemas..

Nampak tak asap hitam kat luar rumah ??

Ana dan pelik..asap apa pula petang2 ni??

Hati mula sangsi dan cemas..

Lantas ana keluar dari rumah ke beranda..

Amat terkejut apabila memandang langit..terlihat berkepul-kepul asap hitam di udara..ibarat menari2..

Saat itu perbualan dengan Fatin masih belum diputuskan..

Asap itu datang dari Kampung Sentosa..salah satu kampung yang terdapat di Gedangsa..

Asap apa tu atin??

Ntahla..rumah orang terbakar..

Astaghfirullahalazim..terjeda ana mendengarkan bait-bait itu..

Saat itu cuaca panas dan angin bertiup sepoi2..Seolah-olah merangsang lagi kemarakan api yang sememangnya telah marak..

Abang ana pergi menjengah ke tempat kejadian dengan membawa telefon bimbit untuk merakamkan saat2 yang mencemaskan itu..

Ada beberapa gambar yang dapat di'snap'..
Gambar

Lebih kurang 15 minit kemudian, bantuan bomba dan penyelamat tiba..

Namun apa yang ana ingin sampaikan di sini seiring dengan Firman Allah dalam Al-Quran..

"Sesungguhnya akan kami berikan dugaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,
(iaitu)apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Innalillaahi wa inna ilaihi roji'un.
Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

Surah Al-Baqarah : 155-157

Takziah kepada tuan rumah..

Kita ini manusia sering diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran sebagai tarbiyah ataupun kifarah atas dosa2 yang pernah kita lakukan..

Terima segalanya dengan redha dan syukur..Mungkin Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita pada masa akan datang sebagai ganjaran atas kesabaran kita mengharungi segala ujian yang diberikan..


Namun manusia sering mengeluh dan menyalahkan takdir..

Harus diingat bahawa semua makhluk di muka bumi Allah ini merupakan milik-Nya yang mutlak..termasuk juga diri kita dan insan2 yang kita sayangi..

Saksikanlah pengorbanan dan ujian yang dihadapi oleh manusia agung..Rasululllah s.a.w.

Terlalu besar ujian yang dihadapi termasuk kehilangan orang yang tersayang..dihina..dicaci..dikeji..dalam menyampaikan dakwah Islam..namun apa yang Baginda lakukan??

Betapa besarnya kemuliaan dan kesabaran yang dipamerkan oleh Baginda sebagai tatapan dan penghayatan untuk kita semua..

Bersabarlah atas segalanya...Setiap insan yang beriman pasti menerima cubaan dan dugaan daripada Sang Pencipta..Dan kita diuji dengan ujian yang berbeza sesuai dengan tahap keimanan dan kemampuan kita..




Nabi junjungan pernah bersabda:

"Sesungguhnya besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan dan sesungguhnya Allah menyukai suatu kaum, Dia menimpakan ujian terhadap mereka; barangsiapa yang redha,ia akan beroleh redha-Nya,dan barangsiapa yang mengeluh, ia akan beroleh murka-Nya."

Percayalah..setiap perkara itu pasti ada hikmah yang mungkin kita sebagai hamba tidak tersingkap akan semua itu..setiap ujian itu tanda kasih dan sayang Allah kepada hamba2-Nya..Allah merindukan tangisan dan rintihan darimu..Sesungguhnya Allah menyayangimu sahabat2 sekalian..

Teruskan menadah tangan saat diuji namun AWAS!!

Jangan pula melupakan-Nya saat kita dikurniakan kenikmatan dan kesenangan..

Renung-renungkan..

Wallahua'lam..

SKG DI SINAR HARIAN

SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA