LEMAH DARAB


assalamualaikum,

dah lama tak update blog. very the busy. assignment, mesyuarat, kelas dan macam - macam lagi. ngalahkan perdana menteri seboknya.
okay kali ni nak share idea camne nak selesaikan kelemahan murid kita dalam operasi operasi darab.
sebelum tu nak bagi tau la, hasil kajian kami guru matematik skg, kelemahan murid dalam operasi darab ni adalah disebabkan oleh: tak hafal sifir, tak faham konsep darab dan salah dalam penyusunan nombor.

hasil penyelongkaran di dalam khutub khanah terbesar di dunia (internet la), banyak trick dan tip camne nak bagi murid senang menyelesaikan masalah darab ni. Bila dah senang maka timbullah minat. Bila dah minat maka mudahlah kita nak mengajar.

Ada di antara kita guna kaedah lattice (cara kotak). Ada juga yang guna kaedah menulis nombor terbalik (x9), ada juga yang guna kotak sifir dan yang ironinya ada di kalangan kita yang tak nak pecahkan kepala otak hanya guna kaedah vertical form tanpa nak explore ilmu yang lain.

Dalam kajian tindakan panitia matematik skg, kami memperkenalkan 2 kaedah mudah yang boleh merangsang minat murid dalam operasi darab. Hasilnya memberangsangkan. Murid tahun satu pun boleh selesaikan masalah darab panjang.

Kaedah pertama adalah kaedah hafalan. Bukan hafalan biasa, guna pendekatan seni muzik. Kaedah ni diambil dari cikgu At dari Kedah yang merupakan guru inovasi 2008. Satu lagi kaedah kami guna kaedah seni juga tapi yang ni senilukis pula. Hasilnya, wow! fantastik!.

Nak tau kaedah apa, panggillah saya untuk buat seminar sehari bijak sifir di sekolah tuan - tuan. kos makan minum dan perjalanan, tuan - tuan tanggung la ye. budget merudum la tahun nie.

Satu lagi kalau nak tip kertas 2 upsr pun saya boleh bagi, tapi tak lah sehebat cikgu hassan (gpk sk kkbharu) dan cikgu hamzah(gb sk1 kkbharu). diorang tu sifu saya, anak murid mana boleh lawan sifu.

ilmu Allah maha luas. nak dengan tak nak je

SKG DI SINAR HARIAN

TRANSISI TAHUN 1( 2010)

salam tahun baru untuk semua,

4.1.10 bermulanya sesi persekolahan untuk tahun 2010. semuanya baru. baik yang dipakai di luar mahupun yang di dalam. segalanya baru. ibu bapa tak ketinggalan dengan 'baru'. baru mengeluh. ye lah mana nak sediakan duit nak beli benda - benda baru untuk anak - anak. mana nak bayar yuran lagi dan macam - macam hal lagi. camne pun tanggungjawab tetap terlaksana. tahniah.



seperti tahun - tahun sebelum ini, program transisi untuk tahun 1 memulakan agenda persekolah skg untuk tahun 2010. bertungkus lumus, berpeluh la ketiak para guru tahun satu melayan kerenah murid - murid dan ibu bapa. calang - calang guru mahu cair di buatnya. sebab tu lah pihak pentadbir menyerahkan tugas ini kepada guru wanita. maklumlah sikap penyabar ibu memang dah ada dalam diri diorang.

tahniah kepada murid yang melangkah kaki ke alam persekolahan dan tahniah juga kepada para guru tahun satu yang berdedikasi menjalankan amanah.

TAHUN 2010 MEMBUKA TIRAI

Assalamualaikum kepada semua warga skg dan semua pembaca,
tahun 2009 sampai ke pelabuhan, 2010 mulakan pelayaran. banyak kenangan menjadi sejarah kehidupan kita lalui di tahun 2009. Kini 2010 kita mulakan pelayaran dengan azam dan tekad yang baru.



2010 menjengah dengan khabar yang kurang memberangsangkan. warga skg kehilangan guru yang komited boleh di bawa ke tengah dan ke tepi. sayang seribu kali sayang atas kehendak perkhidmatan, ustaz rozaidi meninggalkan kita untuk meneruskan tugasnya di sekolah kebangsaan keledang.

terima kasih kepada ustaz yang banyak meninggalkan jasa di skg selama ini. budi mu dikenang dan buat yang terbaik di sekolah baru.

konvoi ke terengganu 1


salam,
dah lama tak update blog ni. sorry la pada yang mengikuti perkembangan blog ni. maklumlah hari - hari akhir persekolahan banyak kerja yang perlu diselesaikan.


camnepun untuk post kali ni saya upload gambar - gambar rombongan ke terengganu yang dianjurkan pss skg.

tahniah dan terima kasih kepada ustazah fauziah dan kekawan yang sanggup mengikuti rombongan kali ni. tahniah la kepada semua.

KONVOI AMAL 1 MALAYSIA 2

salam untuk kekawan,

untuk post kali ni saya masukkan lagi gambar - gambar konvoi amal 1 malaysia Kelab Motor Guru Pendidik Selangor.

Oh ya di sini nak beritahu kepada kekawan Kelab Motor Guru (KMG) mungkin akan bertukar nama kepada SERC ( Selangor Education Riders Club) dan logo yang dicadangkan adalah seperti di bawah ni:

(he! he! he! logo ni aku yang reka, kalau ada logo lain ok gak)

LOST WORLD OF TAMBUN 1


banyak lagi gambar kenangan lost world of tambun......baca lagi....

SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA