BLOG BEKAS ANAK MURID SKG


salam perpaduan,
usaha menyelongkar alam cyber untuk menjejak ilmu, rakan dan sahabat membawa kepada penemuan blog bekas anak murid skg. ok gak gaya penulisan si empunya blog.
saya syorkan anda mengikuti penulisan di dalam blog ni. menarik untuk dijadikan santapan rohani.
nama empunya blog madihah budak cemerlang dari gedangsa. link untuk blognya ada kat atas blog ni; MADIHAHBLOG(bestnie)

REUNION 95


salam perpaduan,

gambar di atas diambil dari blog cikgu lyn soeharto. sory ambik tanpa bagi tahu. ye lah ngkorang ambik gambar bukan nak bagi pada cikgu. camnepun tahniah kepada anda semua kerana berjaya menjadi orang. tak kira lah apa kerja you allz. pokoknya tak de yang terbongkang kat longkang atau makan free kat dalam bilik yang tak de tingkap.

bila lagi nak wat reunion? cikgu ingat nak kumpulkan you allz waktu cuti raya puasa 2010. itu pun kalau masa mengizinkan. nak jugak tengok ngkorang punya isteri dan suami serta anak - anak. atau yang tak kahwin lagi tu boleh genyit - genyit mata ngan kekawan sesama nasib.

k, see you in blog n facebook.

JAWATANKUASA MAJLIS GURU CEMERLANG HULU SELANGOR 2010

BERIKUT IALAH SENARAI JAWATANKUASA YANG BARU DILANTIK DALAM MESYUARAT AGUNG YANG DIJALANKAN DI SM SAINS HULU SELANGOR.

YANG DIPERTUA : PN. SITI SARAH BINTI ABD. MALEK (SK SERENDAH) - BM

NAIB YANG DIPERTUA : TN. HJ. ANUAR BIN MD. ISA (SMK KAMPUNG SOEHARTO) - AKAUN

SETIAUSAHA : PN. AZMAH BINTI ABD. AZIZ (SMK SERENDAH) - BM

PEN. SETIAUSAHA : PN. HJH. NORISHAH BINTI ABU BAKAR (SK AMPANG PECAH) - SN

BENDAHARI : EN. YAHYA BIN MAMAT (SM SAINS HULU SELANGOR) - MT

PEN. BENDAHARI : PN. NORHAYATI BINTI ABD. AZIZ (SK KKB 1) - BM

AJK

1. PN. SALAMAH UDIN (SMK SERENDAH) - MEDIA
2. PN. SARWESWARI A/P KARUPPIAH (SMK DATO' HJ. KAMARUDDIN) - BI
3. EN. AYUB KAMARUDDIN BIN HJ. YAA'COB (SMK GEDANGSA) - BI
4. PN. LOW LAI FUN ( SMK KUALA KUBU BHARU) - MT
5. PN. NORMAWATI BINTI ABD. RAHMAN (SK SUNGAI CHOH) - SN
6. PN. ROSNIZAR BINTI KASIM (SK KERLING) - BI
7. EN. MOHD. ZAHARI BIN ZAKARIA (SK KKB 1) - MUZIK
8. PN. MAIMUNAH BINTI ABD. AZIZ (SK GESIR TENGAH) - BM

JURUODIT :

1. PN. NOORAMALI BINTI MOHD. RAMLI (SMK BUKIT SENTOSA) - MT
2. EN. SAIFUL NIZAM BIN SAYUTI (SK GEDANGSA) - MT

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA EDU3106

Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum – kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu.
Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya,

LAPORAN BINA INSAN GURU 2009 (part 1)

KHAS UNTUK KEKAWAN,
saja masukkan laporan BIG dalam blog ni. sebagai perkongsian ilmu bersama kekawan mahasitua yang sedang bergelut untuk mendapatkan segulung kertas yang bernama ijazah.

Laporan Kursus Bina Insan Guru 1/2009

Taklimat 1
Tarikh : 07.12.2009
Tempat : Dewan Kuliah C
Hari : Isnin
Masa : 12.00 petang

1. Pegawai HEP IPBA Encik Mohd Arus bin Abdul Kudus
1.1 Menerangkan tujuan dan matlamat BIG.
1.2 Pemendekan BIG dari 4 hari 3 malam ke 3 hari 2 malam.
1.3 Memaklumkan jadual BIG
1.4 Memaklumkan 13.12.2009 (Ahad)- BIG akan dijalankan di Blue Lagoon, Port Dickson.
1.5 Pengangkuatan bas ke Port Dickson akan disediakan.
1.6 Memaklumkan ada peserta yang akan menaiki kendaan sendiri.
1.7 Menyanyikan lagu Negaraku dan KBA dalam BIG.
Refleksi......

DARI LENSA KAMERA




salam perpaduan,

dalam dok sebok buat assignment, belek punya belek terbukalah fail gambar 2009. ada yang pernah dipost dalam blog dan ada yang belum. so kat sini adalah elok kalau saya masukkan dalam post kali ni. tatap dan cerita lah apa yang tersurat dan tersirat dalam setiap gambar yang tuan/puan lihat.
be happy n have fun.

ADA SIAPA TAHU DAN AMBIL TAHU?


SALAM PERPADUAN,

Dalam sebok merealisasikan hasrat melahirkan insan cemerlang dalam pendidikan, ada ke yang tahu dan ambil tahu betapa kerja cikgu ni bukan setakat dalam kelas je?
Ada ke yang tahu dan ambil tahu betapa cikgu dengan rela hati berpanas berhujan di tengah padang untuk melahirkan insan yang seimbang dalam kurikulum mahupun kokurikulum?
Ada ke yang tahu dan ambil tahu betapa cikgu keluarkan duit untuk merealisasikan impian melahirkan sang juara di padang?
Ada ke yang tahu dan ambil tahu guru - guru dan murid hulu selangor 2009 telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam kejohanan bola baling pkt negeri di Sepang?
Ada ke yang tahu dan ambil tahu?
Untuk tahun ni sekali skg diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab melahirkan sang juara di dalam bola baling. Ada ke yang ambil tahu dan tahu?

Kerja guru bukan mudah! namun begitu, guru juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Jagalah hati guru agar guru dapat melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Tekanan kerja tidak akan terasa jika guru diarahkan secara berhemah tanpa unsur paksaan dan ugutan.

Orang cemerlang pernah berkata: "orang yang cemerlang akan hilang kecemerlangannya apabila diarah secara paksa, ini kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan dan mereka sentiasa berada setapak di hadapan anda!"

SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA