SAMBUTAN HARI GURU 2010 (part 2)

salam perpaduan,
jumpa lagi...rasa tak puas la pulak cuma upload beberapa gambar. untuk kenangan abadi di paparkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda...












































....hebatnya skg....satu kepala..gila - gila...ukhwah terikat kukuh...












SAMBUTAN HARI GURU 2010


barisan tenaga pengajar sek.keb.gedangsa yang mantop dan jelita...


ikrar hari guru diketuai oleh tuan guru besar.....saban tahun berikrar...saban tahun tunaikan janji...yang terbaik untuk skg


salam perpaduan,
bertemu kembali di alam siber setelah lama tk muncul dengan berita - berita terbaru.
alhamdulillah seperti kelazimannya, apabila hari guru menjelma, skg akan mengadakan majlis tanda penghargaan kepada guru.
untuk sambutan kali ini, ajk bkgk yang diterajui oleh orang - orang baru bergabung tenaga dengan murid dalam merangka dan menjayakan majlis kali ini. tahniah diucapkan kepada barisan tenaga yang telah merealisasikan majlis sambutan hari guru 2010 dengan meriah dan tiada cacat cela.

hadiah tanda kasih dari pihak ibu bapa dan penjaga disampaikan oleh YDP PIBG...kembang hati cikgu dapat hadiah...




FOKUS...bukan calang - calang orang boleh jatuhkan getah dengan cara melastik menggunakan 'tagan' atau 'gundu'....


...kehadiran para tetamu jemputan yang terlalu ramai membuatkan dewan menjadi sesak...mereka ni datang dari seluruh pelusuk kampung di felda gedangsa dengan semangat yang berkobar - kobar untuk memeriahkan suasana hari guru skg....hebat tu...


...barisan artis dan model yang melontarkan bakat memecah suasana di skg...hebat - hebat mereka ni...tak sesia bayar ribu - ribu panggil diorang...bagus - bagus, tahun depan jangan lupa 'mensumbangkan' lagu lagi erk!...hahahahahaha

...pelanduk dua serupa....orang kata di dunia ni kita ada 7 kembar...sempena hari guru 2010, pihak urus setia telah bertungkus lumus meredah ke pelusuk dunia untuk mencari kembar para guru....akhirnya inilah hasilnya....memang sejibik....

akhir kalam...terima kasih tidak terhingga atas segala usaha...untuk para guru... kita adalah PEMBINA NEGARA BANGSA...untuk murid...ANDA ADALAH PENERUS PERADABAN BANGSA...

PERTANDINGAN GUBAHAN KARNIVAL KOKURIKULUM


salam perpaduan,
kali nie akan diceritakan serba sedikit berkaitan karnival kokurikulum 2010.
setelah dua aktiviti iaitu pertandingan permainan tradisional dan pertandingan bijak kata, telah dijalankan pada minggu - minggu sebelumnya, kini pertandingan gubahan mengambil tempat.
di dalam pertandingan ini, murid - murid telah diberi tugasan untuk menggubah berdasarkan kreativiti masing - masing menggunakan bahan - bahan seperti tuala, kain, sejadah, tudung dan kertas surat khabar.
dengan bantuan tunjuk ajar guru maka terserlah sudah bakat yg tersimpan di dalam diri murid - murid.
tahniah kepada semua guru kerana komitmen yang jitu dalam melaksanakan aktiviti ini.

PERHIMPUNAN BEKAS PELAJAR SKG

salam perpaduan,
alhamdulillah buat julung kalinya dapat juga saya merealisasikan perhimpunan bekas pelajar skg keluaran tahun 90' - 04. walaupun ramai yang punya komitmen kerja dan sebagainya, namun kehadiran tidak terlalu mengecewakan. hampir 60 orang bekas pelajar telah menghadiri majlis ini. namun begitu akibat dari masa yang terlalu panjang di dalam slot bersama mb perak, maka ramai yang telah meninggalkan majlis terlalu awal.
seribu kemaafan dari pihak saya jika anda pulang dengan hampa. walaubagaimanapun saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua hadir dalam majlis ini.


SEMINAR MOTIVASI KITA iNSAN TERPILIH (KiT) 2010




salam perpaduan,
maaf la dah lama tak 'update' blog ni. terlalu sebok dengan banyak perkara, maklumlah pilihanraya kecil tempoh hari telah memakan banyak waktu guru. guru telah diminta menghadiri banyak perjumpaan bersama menteri - menteri yang silih berganti.
dalam kesebokan itu, saya sempat juga merangka program motivasi untuk pelajar yang akan menghadapi UPSR. Jika dahulu program ini dinamakan sebagai Creative Learning, A Star Student dan 30 minit bersama, untuk tahun 2010 sekali lagi namanya telah ditukar menjadi KITA iNSAN TERPILIH (KiT).


seramai 94 orang murid menyertai program ini yang dikendalikan oleh saya dan dibantu oleh tenaga guru muda seramai tujuh orang. alhamdulillah program berjalan seperti yang dirangka. besar harapan saya dan seluruh warga skg agar segala apa yang disampaikan sewaktu program ini berlangsung dapat menjadi kunci pegangan kepada anak - anak skg untuk terus menggapai kecemerlangan sebagai seorang insan. WE ARE LOVABLE AND CAPABLE PERSON...dan kita adalah insan terpilih dan kita adalah insan cemerlang...insyaAllah

SEMINAR KECEMERLANGAN MATEMATIK GURU MUDA




salam perpaduan,
seminar? ya, untuk kesekian kalinya, panitia matematik skg telah mengadakan seminar kecemerlangan matematik bertempat di dewan besar sekolah.
alhamdulillah kehadiran murid 100% dan kehadiran guru muda menambah ceria suasana.
banyak ilmu yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu en.hassan basri dari ppd hulu selangor.
tahniah dan terima kasih atas kesudian tuan penceramah kerana menitipkan ilmu buat kali terakhir sebelum melangkah ke alam baru menjadi pegawai di ppd. terima kasih juga kepada guru muda yang menunjukkan komitmen jitu dalam menjayakan misi kita melahirkan murid yang cintakan matematik.

kehadiran PM guru jadi mangsa


salam perpaduan,
pada 3hb april 2010 bertempat di felda sg.tengi, dato'sri najib tun abd.razak telah sudi melancarkan yayasan ehsan selangor.
guru sk gedangsa, cikgu rahman, hajjah salmiah, cikgu zul, cikgu hawa, ustz.fauziah, cikgu hamizan dan saya sendiri telah diminta untuk bertugas sebagai pengurus murid yang akan menerima anugerah cemerlang upsr.
kerja sukarela kami rupanya meninggalkan satu pengalaman yang amat menarik. kelemahan penganjur membuatkan kami dalam keadaan serba salah dan kelam kabut. selain menguruskan murid kami juga terpaksa mendengar keluhan dan kemarahan ibu bapa murid. kami yang tak tahu duduk perkara terpaksa memberi penjelasan kepada ibu bapa.
tahniah kepada semua guru yang menjalankan tugas dengan jayanya walaupun terpaksa menelan segala cemuhan ibu bapa. begitu lah kita seorang yang bergelar guru. jarang kerja kita dipuji namun cukup mudah menerima keji walaupun kelemahan itu bukan datang dari pihak kita.

SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA