RUMAH ATAN TERBAKAR








dipetik dari madihablog




Besarnya Tarbiyah Allah~~
Posted by Nur Madihah Hassan Borhan
Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t

Lama rasanya meninggalkan medan tinta ni..

Hari ni hari khamis..

Pada petang tadi,ana dikejutkan dengan satu peristiwa yang cukup memberi pengajaran dalam hidup ana..

Ana mendapat panggilan telefon daripada sahabat ana,Fatin Hamidah..

Mendengarkan suaranya saat itu amat cemas..

Nampak tak asap hitam kat luar rumah ??

Ana dan pelik..asap apa pula petang2 ni??

Hati mula sangsi dan cemas..

Lantas ana keluar dari rumah ke beranda..

Amat terkejut apabila memandang langit..terlihat berkepul-kepul asap hitam di udara..ibarat menari2..

Saat itu perbualan dengan Fatin masih belum diputuskan..

Asap itu datang dari Kampung Sentosa..salah satu kampung yang terdapat di Gedangsa..

Asap apa tu atin??

Ntahla..rumah orang terbakar..

Astaghfirullahalazim..terjeda ana mendengarkan bait-bait itu..

Saat itu cuaca panas dan angin bertiup sepoi2..Seolah-olah merangsang lagi kemarakan api yang sememangnya telah marak..

Abang ana pergi menjengah ke tempat kejadian dengan membawa telefon bimbit untuk merakamkan saat2 yang mencemaskan itu..

Ada beberapa gambar yang dapat di'snap'..
Gambar

Lebih kurang 15 minit kemudian, bantuan bomba dan penyelamat tiba..

Namun apa yang ana ingin sampaikan di sini seiring dengan Firman Allah dalam Al-Quran..

"Sesungguhnya akan kami berikan dugaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,
(iaitu)apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Innalillaahi wa inna ilaihi roji'un.
Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

Surah Al-Baqarah : 155-157

Takziah kepada tuan rumah..

Kita ini manusia sering diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran sebagai tarbiyah ataupun kifarah atas dosa2 yang pernah kita lakukan..

Terima segalanya dengan redha dan syukur..Mungkin Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita pada masa akan datang sebagai ganjaran atas kesabaran kita mengharungi segala ujian yang diberikan..


Namun manusia sering mengeluh dan menyalahkan takdir..

Harus diingat bahawa semua makhluk di muka bumi Allah ini merupakan milik-Nya yang mutlak..termasuk juga diri kita dan insan2 yang kita sayangi..

Saksikanlah pengorbanan dan ujian yang dihadapi oleh manusia agung..Rasululllah s.a.w.

Terlalu besar ujian yang dihadapi termasuk kehilangan orang yang tersayang..dihina..dicaci..dikeji..dalam menyampaikan dakwah Islam..namun apa yang Baginda lakukan??

Betapa besarnya kemuliaan dan kesabaran yang dipamerkan oleh Baginda sebagai tatapan dan penghayatan untuk kita semua..

Bersabarlah atas segalanya...Setiap insan yang beriman pasti menerima cubaan dan dugaan daripada Sang Pencipta..Dan kita diuji dengan ujian yang berbeza sesuai dengan tahap keimanan dan kemampuan kita..




Nabi junjungan pernah bersabda:

"Sesungguhnya besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan dan sesungguhnya Allah menyukai suatu kaum, Dia menimpakan ujian terhadap mereka; barangsiapa yang redha,ia akan beroleh redha-Nya,dan barangsiapa yang mengeluh, ia akan beroleh murka-Nya."

Percayalah..setiap perkara itu pasti ada hikmah yang mungkin kita sebagai hamba tidak tersingkap akan semua itu..setiap ujian itu tanda kasih dan sayang Allah kepada hamba2-Nya..Allah merindukan tangisan dan rintihan darimu..Sesungguhnya Allah menyayangimu sahabat2 sekalian..

Teruskan menadah tangan saat diuji namun AWAS!!

Jangan pula melupakan-Nya saat kita dikurniakan kenikmatan dan kesenangan..

Renung-renungkan..

Wallahua'lam..

QATAR MENDAPAT KHIDMAT DARI X-SKG


salam perpaduan,

ramai x-skg yang tlah berjaya membuktikan diri mereka merupakan insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang.
dahulu mereka juga seperti kita. seorang budak hingusan yang bertungkus lumus belajar siang dan malam untuk berjaya dalam peperiksaan.
dahulu mereka juga seperti kita. seorang budak hingusan yang saban hari pergi sekolah yang kadang kala tanpa tujuan dan matlamat.
dahulu mereka juga seperti kita. adakala gagal dalam ujian dan peperiksaan. tak faham apa yang diajar guru.
dahulu mereka juga seperti kita. hanya tahu berseronok tanpa memperdulikan kehendak dan perasaan orang tua kita yang inginkan kejayaan kita.
namun rezeki ketentuan Allah s.w.t. apa sahaja yang terjadi adalah atas keizinanNya. pokok pangkalnya motivasi yang paling kuat yang mampu mendorong kita ke arah cita - cita adalah dengan satu perkataan mudah "NAK".
"NAK"?. apa kebendenya tu?
Nak adalah singkatan perkataan HENDAK. nak seribu daya tak nak seribu dalih. kalau memang hati tu 'nak' apa saja cara kita akan lakukan untuk mendapatkan apa yang kita nak.
mak dan abah atau guru tak perlu membebel untuk paksa kita kalau hati kita kata 'nak'.
"nak" merupakan tangkal yang paling hebat yang perlu ada pada setiap orang yang inginkan kejayaan.
kalau tangkal ini ada pada anda pastinya anda akan jadi seperti x-skg di dalam gambar di atas.
nazri nasirai empunya diri, merupakan x-skg memegang jawatan 'jurutera' dan kini menetap di Qatar. beliau merupakan murid keluaran 93' yang telah berjaya menjawat jawatan yang baik.
so, anda ingin jadi seperti dia? mulai hari ini, sematkan tangkal "NAK" di hati anda.
InsyaAllah anda juga akan berjaya disuatu ketika disuatu masa.

INOVASI CIKGUAT

Ramai kanak - kanak atau pelajar yang lemah Matematik dikaitkan dengan lemahnya sifir. sejauh mana pandangan ini betul atau tidak, CikguAT telah sempat merakamkan beberapa pandangan Guru dari seluruh negara. anda boleh layari www.cikguat.com atau www.youtube.com/cikguat untuk menonton video. sifir merupakan asas paling penting untuk pelajar hendak bijak matematik. sifir ini bukan semata - mata pada sifir darab sahaja, malah tambah, tolak dan bahagi juga merupakan amalan sifir yang pelajar perlu fahami.
Tanpa penguasaan sifir ini pelajar akan terus ketinggalan dan lemah matematik. CikguAT dengan lagu sifirnya merungkai serba sedikit permasalahan ini. lagu - lagu sifir CikguAT direkacipta dengan irama pelbagai rentak dan khas untuk hiburan kanak - kanak. pada amnya mereka suka menyanyi dan cepat menghafal lifir lagu di radion walaupun tidak melihat liriknya. secara tidak langsung, pelajar dapat mengingat sifir apabila mereka selalu menyanyikan lagu sifir ini di sekolah atau di rumah berbanding disiruh menghafal cara biasa.
Para pembaca boleh melayari www.cikguat.com untuk mendengar lagu - lagu sifir CkguAt ini. semasa program seminar berlangsung, CikguAT menggunakan lagu - lagu sifir ini sebagai hiburan untuk menghiburkan peserta program. jelas, mereka lebih memberikan tumpuan dan menunjukkan semangat luar biasa ketika menyanyikan secara beramai - ramai. CikguAT juga telah memuat naik dua lagu sifirnya di www.youtube.com/cikguat dan boleh dimuat turun secara percuma. disamping itu juga, CikguAt memperkenalkan idea bahan pembelajaran dari sumber internet bagi membantu kumpulan pelajar yang tiada kemudahan internet dengan membuktikan bahawa jawapan sifir 6 hingga 9 boleh didapati hanya dengan membilang jari bagi kedua - dua belah tangan kita. begitulah hebatnya Allah s.w.t menjadikan anggota badan manusia yang mampu memberikan jawapan dan panduan dalam kehidupan seharian.

MERENTAS DESA PKT SEKOLAH



salam perpaduan,
buat kesekian kalinya, Unit Kokurikulum Skg, telah mengadakan kejohanan merentas desa pkt sekolah untuk tujuan pemilihan wakil sekolah ke kejohanan merentas desa mssd hulu selangor.

keputusan rasmi:

kategori tahun 4 (lelaki)

1. muhd irfan azizi (biru)
2. ahmad ali huzairi mohd.rashid (hijau)
3. amierul nazim hashim (biru)


kategori tahun 4 (perempuan

1. nor harhani ramli (biru)
2. hani suraya harni zainal (biru)
3. zuraini mohd. zailani (hijau)

kategori tahun 5 (lelaki)
1. mohd faez izzat mohd aroff (hijau)
2. mohd fazreen mohd agus (kuning)
3. muhd hilman hazlami ibrahim (kuning)

kategori tahun 5 (perempuan)
1. siti rabiatul adawiyah razeman (merah)
2. nor natasya faziera marzukhi (hijau)
3. noraini kamarudin (hijau)

kategori tahun 6 (lelaki)

1. mohd. aliman mohd bustamam (hijau)
2. muhd amirul hussain (biru)
3. asraf alias (merah)

kategori tahun 6 (perempuan)

1. siti aisyah muhd ali (kuning)
2. intan suhaila mahfuzah abd. malek (biru)
3. nur nabilah azizi (hijau)

KAJIAN TINDAKAN MATEMATIK SKG

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah – masalah yang dihadapi oleh murid – murid Tahun 5BIJAK di dalam menyelesaikan soalan – soalan yang melibatkan operasi darab yang mana berpunca daripada masalah sukar untuk menghafal dan mengingati sifir darab yang dipelajari. Seramai 22 oang murid Tahun 5BIJAK Sekolah Kebangsaan Gedangsa dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan menggunakan Ujian Pra sebagai indikator. Hasil tinjauan menunjukkan kebanyakkan murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan operasi darab empat nombor dengan dua nombor kerana mereka amat lemah dalam mengingati sifir dan kesilapan juga berlaku dalam penyusunan nombor sewaktu menyelesaikan operasi darab. Perancangan tindakan difokuskan kepada cara termudah dan berkesan dengan menggunakan KAEDAH MAYAN iaitu menggunakan garisan sebagai ganti kepada nombor. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid – murid dalam menyelesaikan masalah operasi darab. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid – murid bertambah yakin dalam menyelesaikan operasi darab yang panjang........

LAGU BIJAK SIFIR CIKGUAT


salam perpaduan,
promosi cd+vcd bijak sifir cikguAT:

dihasilkan oleh guru inovasi kedah 2008. sesuai untuk anak - anak, ibu bapa, guru dan sesiapa sahaja.

Tanpa penguasaan sifir ini pelajar akan terus ketinggalan dan lemah matematik. CikguAT dengan lagu sifirnya merungkai serba sedikit permasalahan ini. Lagu - lagu sifir CikguAt direkacipta dengan irama pelbagai rentak dan khas untuk hiburan anak - anak. Pada amnya, mereka suka menyanyi dan cepat menghafal lirik lagu di radio walaupun tidak melihat liriknya. Secara tidak langsung, pelajar dapat mengingat sifir apabila mereka selalu menyanyikan lagu sifir ini di sekolah atau di rumah berbanding disuruh menghafal cara biasa.
RM25 untuk pakej cd+vcd
MAHALNYA!!!! tapi lebih murah dari tukar sportrim kereta. lebih murah dari 3 kotak rokok 20batang. lebih murah dari perbelanjaan sebulan melepak di kedai kopi dan lebih murah bila anak - anak dapat hasilnya.

Untuk pertanyaan dan tempahan anda boleh hubungi saya 0196959407 atau email.

Untuk mendengar lagu dan memuat turun contoh vcd layari www.youtube.com/cikguat

DARAB GUNA JARI

salam perpaduan,

ramai orang cekap menghafal, namun ramai juga yang terlalu sukar untuk menghafal. ramai yang bijak sifir namun ramai juga yang lemah sifir. ramai murid kita yang bijak namun tak kan kita nak tinggal begitu saja anak murid yang lemah.

banyak perkara yang membuat anak murid kita lemah dan malas. mungkin silap kita atau mungkin sikap mereka. walau bagaimanapun, setiap masalah ada jalan penyelesaian kecuali mati.
untuk post kali ni saya akan beri tip yang boleh menggembirakan anak murid kita mengikuti subjek matematik. ramai yang telah tahu dan menggunakan tip ini, namun ramai juga yang tak tahu dan tak ambil tahu.
untuk yang tahu, tahniah dan yang belum tahu marilah kita berkongsi ilmu;

SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA