HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010




salam perpaduan,
benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke bumi menjadi pohon. alhamdulillah untuk kesekian kalinya, majlis anugerah kecemerlangan skg berlangsung dengan jayanya pada 31hb mac 2010.
majlis telah dirasmikan oleh yang berbahagia dato' idris yb dun n7. diharapkan dengan adanya majlis sedemikian menjadi sebagai pemangkin kepada murid - murid untuk lebih bersungguh - sungguh menggapai kecemerlangan di dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

PEMILIHAN BAKAT BOLA BALING DAERAH

salam perpaduan,29hb Mac 2010, bertempat di padang skg telah berlangsung program pemilihan pemain bawah 12tahun yang akan mewakili daerah hulu selangor ke kejohanan bola baling mssn selangor yang akan diadakan pada 6hb April 2010 di daerah gombak.

seramai 65 orang murid dari sekolah - sekolah daerah hulu selangor telah hadir didalam sesi pemilihan kali ini.
juru teknik bola baling daerah iaitu en.suhaimi bersama - sama para juru latih telah bertungkus lumus mencari para pemain yang boleh mewakili hulu selangor ke peringkat negeri yang akan di adakan pada bulan april nanti.
semoga pada tahun ini pasukan bola baling daerah hulu selangor dapat memperbaiki pencapaian di tahun lepas yang hanya mendapat tempat ke tiga kategori lelaki...


BALASUNGKAWA


salam perpaduan,
sesungguhnya tiap yang bermula akan berakhir.....tiada yang kekal. dunia ini hanya suatu persinggahan bagi hambanya.
28hb mac 2010...adalah titik noktah untuk seorang pengembara....
en.salleh bin hj talib pengawal keselamatan yang penuh dedikasi dan baik budi pekerti telah pergi ke rahmatullah secara mengejut setelah koma selama dua hari...
sesungguhnya pihak skg amat merasai kehilangan beliau..
takziah buat keluarga beliau dan marilah kita bersama - sama membacakan alfatihah buat arwah untuk bekalan beliau...

GURU MUDA MENYEMAI BUDI MENUAI BUKTI



salam perpaduan,
alhamdulillah hari ni bermula cerita anak - anak muda turun ke bendang menyemai budi. awal cerita memang kekok untuk bermula, namun bila keringat sudah menyirami tubuh, semangat mula menyengat, aura mula meliputi segenap pancaindera, bahang masa bergerak terlalu pantas sehingga 2jam yang diperuntukkan terasa singkat adanya.
begitulah sebuah cerita sebuah pengorbanan. awal langkah kaki terasa berat, namun apabila resapan aura menyelinap ke seluruh anggota, langkah kaki terasa ringan, perjalanan yang panjang bagai tidak terasa.........
hari ini kita menyemai budi, kita sirami benih dengan kemanisan ilmu, kita taburkan kasturi mewangi agar harumnya kekal abadi........
terima kasih semua....

A STAR STUDENT


salam perpaduan,
cemerlangkah kita? hebatkah kita? kenapa aku tak pandai macam dia? kenapa cikgu selalu marah aku? kenapa mak aku macam benci pada aku? kenapa semua ni jadi pada aku?
kekawan semua,
pernah ke soalan - soalan ini berlegar dalam fikiran anda? kalau ada, tahniah! anda sudah termasuk di dalam golongan yang menuju ke arah A stAr stuDent..
eh! ye ke?..
ya sudah tentu! salah satu prasyarat untuk menjadi terbaik adalah bercakap dengan diri sendiri....bermain dengan persoalan - persoalan begini akan membuat minda bawah sedar kita berfikir dan mencari jawapan dan seterusnya akan menggerakkan diri kita untuk keluar dari permasalahan itu...
ingat!! kita adalah khalifah terpilih untuk meneruskan kecemerlangan umat di dunia ini....
banyak lagi perkara yang akan disentuh dalam tulisan yang seterusnya, dan saya tinggalkan kekawan dengan kata - kata yang mudah tapi amat bermakna;

1. Saya adalah tuan pada diri sendiri
2. Untuk suatu itu berubah, saya dulu mesti berubah
3. Jika dia boleh buat, saya pun boleh
4. Saya buat dan buat dan buat dan berjaya!
5. Saya seorang pengasih dan berkebolehan
6. Fokus
7. Belajar dari kesilapan
8. GAGAL! SAYA TIDAK GAGAL
9. SAYA ADA PILIHAN. MENANG!
10.SAYA BUAT HABIS BAIK DAN BAIK DAN BAIK!

tulis atau lukis poster dan tampal di dalam bilik peribadi anda....biarkan kata - kata ini menggerakkan minda bawah sedar kita dalam menuju kecemerlangan....
Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah. (Surah Al- Imran [Surah ke-3]: Ayat ke-110)
…anda semestinya insan terhebat dan cemerlang. Itulah hakikat diri anda, tiada siapa yang menafikannya, sebaliknya anda yang menafikan kehebatan diri anda sendiri……
…sampai bila kita hanya melihat kejayaan orang lain?!!!
…sampai bila kita nak bertepuk tangan untuk orang lain?!!!
….INGAT!!!! Selama ini kita bukan lemah!! Kita cuma mendapat keputusan yang silap!!

PROGRAM GURU MUDA MATEMATIK


salam perpaduan,

terima kasih kepada mantan murid skg yang sudi menyahut seruan untuk berbakti di sini. walaupun sudah lama meninggalkan sekolah ini, alhamdulillah kami masih lagi berada di hati anda semua..

dengan adanya program seumpama ini, cita - cita dan impian warga skg untuk melihat kecemerlangan selama ini dapat dipertahankan malah dapat digilap menjadi lebih gemilang.

untuk mantan skg yang jauh di mata, anda semua tetap di hati kami. bersedialah menyahut seruan kami untuk berbakti di sini sedikit masa lagi. lebih banyak program telah dan sedang dirangka untuka kebaikan anak - anak felda gedangsa...

NAJMI PECAH REKOD DAERAH DAN DINOBATKAN SEBAGAI OLAHRAGAWAN MSSD BAWAH 12TAHUN


salam perpaduan,

berita terkini hiburan sensasi......anda kenal najmi?..ala anak lan.. lan mana erk? lan yang dok kg keliling...yang buka kedai pomen motor..kenal ker? yezzer betul la tuh...lan pomen... najmi ni anak dia ler..

masa kejohanan olahraga mssd hulu selangor 23 hingga 26hb mac 2010 yang di adakan di stadium proton city, beliau telah mengejutkan ramai pihak. dalam acara akhir lompat jauh kategori bawah 12 tahun beliau telah memecahkan rekod terdahulu dengan jarak lompatan 4.49m.
manakala di dalam acara akhir lari 100m, walaupun beliau mendapat tempat kedua tetapi beliau berjaya memperbaharui rekod daerah dengan 13.1s.
untuk kesekian kalinya selepas hishamuddin jabbar (jimbob) dinobatkan sebagai olahragawan daerah pada tahun 1993, kini pada tahun 2010 najmi ajlan telah dianugerahkan sebagai olahragawan mssd dalam kejohanan ini.
setinggi tahniah kepada najmi dan tahniah juga kepada cikgu pengiring, cikgu salleh dan pn. faridah... tak sesia anda melatih hingga larut malam...hehehehehe

SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA