PERHIMPUNAN BEKAS PELAJAR SKG

salam perpaduan,
alhamdulillah buat julung kalinya dapat juga saya merealisasikan perhimpunan bekas pelajar skg keluaran tahun 90' - 04. walaupun ramai yang punya komitmen kerja dan sebagainya, namun kehadiran tidak terlalu mengecewakan. hampir 60 orang bekas pelajar telah menghadiri majlis ini. namun begitu akibat dari masa yang terlalu panjang di dalam slot bersama mb perak, maka ramai yang telah meninggalkan majlis terlalu awal.
seribu kemaafan dari pihak saya jika anda pulang dengan hampa. walaubagaimanapun saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua hadir dalam majlis ini.


SEMINAR MOTIVASI KITA iNSAN TERPILIH (KiT) 2010




salam perpaduan,
maaf la dah lama tak 'update' blog ni. terlalu sebok dengan banyak perkara, maklumlah pilihanraya kecil tempoh hari telah memakan banyak waktu guru. guru telah diminta menghadiri banyak perjumpaan bersama menteri - menteri yang silih berganti.
dalam kesebokan itu, saya sempat juga merangka program motivasi untuk pelajar yang akan menghadapi UPSR. Jika dahulu program ini dinamakan sebagai Creative Learning, A Star Student dan 30 minit bersama, untuk tahun 2010 sekali lagi namanya telah ditukar menjadi KITA iNSAN TERPILIH (KiT).


seramai 94 orang murid menyertai program ini yang dikendalikan oleh saya dan dibantu oleh tenaga guru muda seramai tujuh orang. alhamdulillah program berjalan seperti yang dirangka. besar harapan saya dan seluruh warga skg agar segala apa yang disampaikan sewaktu program ini berlangsung dapat menjadi kunci pegangan kepada anak - anak skg untuk terus menggapai kecemerlangan sebagai seorang insan. WE ARE LOVABLE AND CAPABLE PERSON...dan kita adalah insan terpilih dan kita adalah insan cemerlang...insyaAllah

SEMINAR KECEMERLANGAN MATEMATIK GURU MUDA




salam perpaduan,
seminar? ya, untuk kesekian kalinya, panitia matematik skg telah mengadakan seminar kecemerlangan matematik bertempat di dewan besar sekolah.
alhamdulillah kehadiran murid 100% dan kehadiran guru muda menambah ceria suasana.
banyak ilmu yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu en.hassan basri dari ppd hulu selangor.
tahniah dan terima kasih atas kesudian tuan penceramah kerana menitipkan ilmu buat kali terakhir sebelum melangkah ke alam baru menjadi pegawai di ppd. terima kasih juga kepada guru muda yang menunjukkan komitmen jitu dalam menjayakan misi kita melahirkan murid yang cintakan matematik.

kehadiran PM guru jadi mangsa


salam perpaduan,
pada 3hb april 2010 bertempat di felda sg.tengi, dato'sri najib tun abd.razak telah sudi melancarkan yayasan ehsan selangor.
guru sk gedangsa, cikgu rahman, hajjah salmiah, cikgu zul, cikgu hawa, ustz.fauziah, cikgu hamizan dan saya sendiri telah diminta untuk bertugas sebagai pengurus murid yang akan menerima anugerah cemerlang upsr.
kerja sukarela kami rupanya meninggalkan satu pengalaman yang amat menarik. kelemahan penganjur membuatkan kami dalam keadaan serba salah dan kelam kabut. selain menguruskan murid kami juga terpaksa mendengar keluhan dan kemarahan ibu bapa murid. kami yang tak tahu duduk perkara terpaksa memberi penjelasan kepada ibu bapa.
tahniah kepada semua guru yang menjalankan tugas dengan jayanya walaupun terpaksa menelan segala cemuhan ibu bapa. begitu lah kita seorang yang bergelar guru. jarang kerja kita dipuji namun cukup mudah menerima keji walaupun kelemahan itu bukan datang dari pihak kita.

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010




salam perpaduan,
benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke bumi menjadi pohon. alhamdulillah untuk kesekian kalinya, majlis anugerah kecemerlangan skg berlangsung dengan jayanya pada 31hb mac 2010.
majlis telah dirasmikan oleh yang berbahagia dato' idris yb dun n7. diharapkan dengan adanya majlis sedemikian menjadi sebagai pemangkin kepada murid - murid untuk lebih bersungguh - sungguh menggapai kecemerlangan di dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

PEMILIHAN BAKAT BOLA BALING DAERAH

salam perpaduan,29hb Mac 2010, bertempat di padang skg telah berlangsung program pemilihan pemain bawah 12tahun yang akan mewakili daerah hulu selangor ke kejohanan bola baling mssn selangor yang akan diadakan pada 6hb April 2010 di daerah gombak.

seramai 65 orang murid dari sekolah - sekolah daerah hulu selangor telah hadir didalam sesi pemilihan kali ini.
juru teknik bola baling daerah iaitu en.suhaimi bersama - sama para juru latih telah bertungkus lumus mencari para pemain yang boleh mewakili hulu selangor ke peringkat negeri yang akan di adakan pada bulan april nanti.
semoga pada tahun ini pasukan bola baling daerah hulu selangor dapat memperbaiki pencapaian di tahun lepas yang hanya mendapat tempat ke tiga kategori lelaki...


BALASUNGKAWA


salam perpaduan,
sesungguhnya tiap yang bermula akan berakhir.....tiada yang kekal. dunia ini hanya suatu persinggahan bagi hambanya.
28hb mac 2010...adalah titik noktah untuk seorang pengembara....
en.salleh bin hj talib pengawal keselamatan yang penuh dedikasi dan baik budi pekerti telah pergi ke rahmatullah secara mengejut setelah koma selama dua hari...
sesungguhnya pihak skg amat merasai kehilangan beliau..
takziah buat keluarga beliau dan marilah kita bersama - sama membacakan alfatihah buat arwah untuk bekalan beliau...

SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA