PESTA BOLA SEPAK DAERAH MSSD BAWAH 12THN

salam perpaduan,
10hb Mac 2011, bertempat di padang Sk Ulu Yam Baru dan padang Sk.Kuala Kubu Bharu, H.Sel, telah berlangsungnya Pesta Bola Sepak Daerah MSSD bawah 12tahun.
Pasukan Sek.Keb.Gedangsa telah diundi akan bermain dengan pasukan dari SJKT KKB, SK.SG.CHOH, SK.RASA dan SK AMPANG PECAH.
Setelah mengharungi latihan intensif selama beberapa bulan, pasukan yang diketuai oleh adik Amirul anak kesayangan pakcik Jakik kita telah menunjukkan prestasi luar biasa hebat.
Bermula langkah pertama, perlawanan pertama menentang pasukan SJKT KKB berkesudahan dengan SKG 8 dibalas 0 oleh SJKT KKB.
Kegarangan SKG semakin menyerlah dalam perlawanan ke dua, dengan membelasah SK Rasa 2-0 dan tanpa dapat dihalang, SKG telah meneruskan rentak cemerlang dalam perlawanan ke 3 dengan menumpaskan SK.Sg Choh 4-0.
Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, SKG telah menunjukkan prestasi sebagai pasukan yang digeruni dengan menewaskan SK Ampang Pecah 1-0.
Dengan itu pasukan SKG telah dinobatkan sebagai juara kumpulan dan layak bertanding di peringkat kalah 16 pasukan terbaik pada 21hb Mac, di padang SK Kuala Kubu Bharu.






ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010

salam perpaduan,
2010 berlalu pergi....2011 mengetuk pintu.
aktiviti 2011 dimulakan dengan hari anugerah kecemerlangan 2010 untuk menghargai kecemerlangan yang telah dicapai oleh murid skg dalam setiap bidang pada tahun 2010.
pencapaian terbaik upsr 2010 telah diraih oleh:
1) abhirahmih rajan
2) intan suhaila mahfuzah abdul malek
3) khairunnisa izyan zulkefli
4) nur insyirah rosli
tokoh akademik pula disandang oleh adik intan suhaila mahfuzah abdul malek...
tokoh kepimpinan dipegang oleh adik nublan anwar....
manakala tokoh kokurikulum diberikan kepada mohd nadzmi ajlan...
untuk tokoh murid skg 2010 telah dipilih sebulat suara untuk dianugerahkan kepada adik mohd nadzmi ajlan atas pencapaiannya yang cemerlang dalam semua bidang....akademik, kepimpinan dan kokurikulum...
semoga dengan adanya majlis seperti ini, dapat melonjakkan semangat anak didik skg untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang dalam bidang masing - masing....



PERKHEMAHAN 2010 DI TROLAK RESIDENCE




salam perpaduan,
sekali lagi skg berpeluang menjalankan aktiviti perkhemahan di tapak perkhemahan trolak residence, trolak, perak....
tahniah kepada en.zoolfadli gpk kokurikulum dan dibantu oleh semua guru skg kerana berjaya merealisasikan aktiviti perkhemahan untuk tahun 2010....
rasanya tk perlu la nak ulas lebih panjang....anda semua tatapi lah foto - foto yang berjaya dirakam sepanjang 2hari 1malam di tapak perkhemahan.....





LATIHAN SUKAN HARI KE 4, 5, 6.....


salam perpaduan..
hari ni masuk minggu ke 2 latihan sukan diadakan.... murid skg masih dalam keadaan ceria dan sehat sejahtera...cikgunya dh mula mencari tukang urut... masing - masing sudah terasa sakit seluruh badan....
namun demikian, semangat perjuangan masih membara... saksikan la poto yang sempat dirakam oleh lensa kamera....




LATIHAN SUKAN HARI KE 3.....

salam perpaduan,
sekejap je dh masuk hari ke 3 latihan sukan diadakan... badan pun dah mula sengal - sengal..almaklum la dah tak berapa nak muda...tapi perjalanan kerja tetap diteruskan...
hari ini seperti semalam dan kelmarin latihan bermula dengan murid - murid diminta membuat senaman ringan...regangan dan memanaskan badan..
seterusnya setiap rumah ke acara yang telah ditetapkan di dalam jadual... anda saksikan sendiri aksi - aksi yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera...




LATIHAN SUKAN HARI KE 2.....

salam perpaduan,
hari ni masuk hari ke dua...guru dan murid skg turun padang... dan hari ni juga bermacam - macam gelagat dapat disaksikan...ada yang lucu tidak ada yang sedih....
semua bergembira di atas padang...
nak cerita banyak pun tak berapa nak ada ummmpppp!!!!.... lebih baik kekawan saksikan sendiri aksi - aksi yang dapat di bekukan di dalam gambar - gambar di bawah...
kita berjumpa lagi esok hari....


LATIHAN SUKAN BERMULA.......

salam perpaduan,
UPSR sudah berlalu....Jamuan Hari Raya juga sudah berlalu....kini sukan skg mengambil tempat.
Bermula hari ini 27hb Sept 2010... kesibukan guru dengan persiapan menghadapi sukan skg pun mengambil tempat... latihan sukan antara rumah kuning, rumah biru, rumah merah dan rumah hijau giat dijalankan...
guru dengan semangat yang berkobar - kobar cuba mencari para peserta yang akan mewakili rumah masing - masing...
berbagai gelagat akan kita lihat dalam pencarian bakat muda skg.... mungkinkah seperti tahun - tahun sebelumnya..akan ada pelbagai peristiwa lucu dan sedih akan terjadi?...kita lihat nanti.....


SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA