SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
salam perpaduan,
1hb jun hingga 6hb jun...seminggu dalam keadaan buku menjadi teman setia. telah ditetapkan di dalam takwim persekolahan 2010, minggu ini adalah minggu peperiksaan. setelah bertungkus lumus belajar selama 6 bulan, maka sudah tiba masanya murid diduga dengan kertas - kertas peperiksaan.
objektifnya adalah untuk melihat sejauh mana kemahiran yang disampaikan oleh guru, dapat diterima oleh murid. hasil daripada markah yang diperolehi dalam peperiksaan ini akan menjadi kayu ukur untuk guru menambahbaik strategi penyampaian didalam P&P.
untuk murid, adalah diharapkan apa sahaja markah yang diterima di dalam peperiksaan ini dapat dijadikan penanda aras untuk memperbaiki cara belajar dan juga menambahbaik lagi sahsiah diri.
akhir kalam, diucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan....buat yang terbaik wok!!
Subscribe to:
Posts (Atom)