salam tahun baru untuk semua,
4.1.10 bermulanya sesi persekolahan untuk tahun 2010. semuanya baru. baik yang dipakai di luar mahupun yang di dalam. segalanya baru. ibu bapa tak ketinggalan dengan 'baru'. baru mengeluh. ye lah mana nak sediakan duit nak beli benda - benda baru untuk anak - anak. mana nak bayar yuran lagi dan macam - macam hal lagi. camne pun tanggungjawab tetap terlaksana. tahniah.
seperti tahun - tahun sebelum ini, program transisi untuk tahun 1 memulakan agenda persekolah skg untuk tahun 2010. bertungkus lumus, berpeluh la ketiak para guru tahun satu melayan kerenah murid - murid dan ibu bapa. calang - calang guru mahu cair di buatnya. sebab tu lah pihak pentadbir menyerahkan tugas ini kepada guru wanita. maklumlah sikap penyabar ibu memang dah ada dalam diri diorang.
tahniah kepada murid yang melangkah kaki ke alam persekolahan dan tahniah juga kepada para guru tahun satu yang berdedikasi menjalankan amanah.