salam perpaduan,
alhamdulillah buat julung kalinya dapat juga saya merealisasikan perhimpunan bekas pelajar skg keluaran tahun 90' - 04. walaupun ramai yang punya komitmen kerja dan sebagainya, namun kehadiran tidak terlalu mengecewakan. hampir 60 orang bekas pelajar telah menghadiri majlis ini. namun begitu akibat dari masa yang terlalu panjang di dalam slot bersama mb perak, maka ramai yang telah meninggalkan majlis terlalu awal.
seribu kemaafan dari pihak saya jika anda pulang dengan hampa. walaubagaimanapun saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda semua hadir dalam majlis ini.
SEMINAR MOTIVASI KITA iNSAN TERPILIH (KiT) 2010
salam perpaduan,
maaf la dah lama tak 'update' blog ni. terlalu sebok dengan banyak perkara, maklumlah pilihanraya kecil tempoh hari telah memakan banyak waktu guru. guru telah diminta menghadiri banyak perjumpaan bersama menteri - menteri yang silih berganti.
dalam kesebokan itu, saya sempat juga merangka program motivasi untuk pelajar yang akan menghadapi UPSR. Jika dahulu program ini dinamakan sebagai Creative Learning, A Star Student dan 30 minit bersama, untuk tahun 2010 sekali lagi namanya telah ditukar menjadi KITA iNSAN TERPILIH (KiT).
seramai 94 orang murid menyertai program ini yang dikendalikan oleh saya dan dibantu oleh tenaga guru muda seramai tujuh orang. alhamdulillah program berjalan seperti yang dirangka. besar harapan saya dan seluruh warga skg agar segala apa yang disampaikan sewaktu program ini berlangsung dapat menjadi kunci pegangan kepada anak - anak skg untuk terus menggapai kecemerlangan sebagai seorang insan. WE ARE LOVABLE AND CAPABLE PERSON...dan kita adalah insan terpilih dan kita adalah insan cemerlang...insyaAllah
SEMINAR KECEMERLANGAN MATEMATIK GURU MUDA
salam perpaduan,
seminar? ya, untuk kesekian kalinya, panitia matematik skg telah mengadakan seminar kecemerlangan matematik bertempat di dewan besar sekolah.
alhamdulillah kehadiran murid 100% dan kehadiran guru muda menambah ceria suasana.
banyak ilmu yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu en.hassan basri dari ppd hulu selangor.
tahniah dan terima kasih atas kesudian tuan penceramah kerana menitipkan ilmu buat kali terakhir sebelum melangkah ke alam baru menjadi pegawai di ppd. terima kasih juga kepada guru muda yang menunjukkan komitmen jitu dalam menjayakan misi kita melahirkan murid yang cintakan matematik.
kehadiran PM guru jadi mangsa
salam perpaduan,
pada 3hb april 2010 bertempat di felda sg.tengi, dato'sri najib tun abd.razak telah sudi melancarkan yayasan ehsan selangor.
guru sk gedangsa, cikgu rahman, hajjah salmiah, cikgu zul, cikgu hawa, ustz.fauziah, cikgu hamizan dan saya sendiri telah diminta untuk bertugas sebagai pengurus murid yang akan menerima anugerah cemerlang upsr.
kerja sukarela kami rupanya meninggalkan satu pengalaman yang amat menarik. kelemahan penganjur membuatkan kami dalam keadaan serba salah dan kelam kabut. selain menguruskan murid kami juga terpaksa mendengar keluhan dan kemarahan ibu bapa murid. kami yang tak tahu duduk perkara terpaksa memberi penjelasan kepada ibu bapa.
tahniah kepada semua guru yang menjalankan tugas dengan jayanya walaupun terpaksa menelan segala cemuhan ibu bapa. begitu lah kita seorang yang bergelar guru. jarang kerja kita dipuji namun cukup mudah menerima keji walaupun kelemahan itu bukan datang dari pihak kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)