LAWATAN KE BALAI POLIS GEDANGSA


Lawatan ke Balai Polis Gedangsa merupakan salah satu aktiviti yang dirangka untuk pelajar tahun enam dalam pengisian selepas UPSR.

Berbagai maklumat telah berjaya disampaikan kepada para pelajar dalam menyelami kehidupan sebagai anggota polis. Di samping itu pelajar juga didedahkan dengan undang - undang dan peraturan yang harus dipatuhi sebagai rakyat Malaysia.

Pelajar juga didedahkan serba sedikit dengan alatan yang biasa digunakan oleh anggota polis dalam menjalankan tugas. Antara senjata yang diperkenalkan adalah senapang MP5 yang biasa diguna oleh para anggota dalam menjalankan sesuatu operasi.

Pihak sekolah merakamkam jutaan terima kasih kepada para anggota di Balai Polis Gedangsa kerana sudi melayan kerenah kami warga skg.

SUKAN SKG KALI KE 25



24hb Oktober 09 yang baru lalu, sk gedangsa telah menganjurkan sukan skg kali ke 25 yang dirasmikan oleh En. Kamal Rusdi pegawai PPD Hulu Selangor.

Pesta sukan kali ini telah berjaya mencungkil bakat murid - murid dalam acara balapan mahupun acara padang.

Pasukan rumah Hijau telah berjaya menjadi johan keseluruhan diikuti dengan rumah biru tempat ke dua. Manakala tempat ketiga berjaya disandang oleh rumah kuning dan rumah merah mendapat tempat ke empat.

KONVOI AMAL 1 MALAYSIA



Salam sejahtera ..
alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana program amal ini telah terlaksana dengan jaya dan selamatnya. Keduanya saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada ajk dan semua peserta konvoi yg sama sama merealisasikan program ini. Ianya sgt berjaya. Wang sumbangan yg terkumpul melebihi jangkaan...

CANDID RAYA 09



jika ada yang sebok menyediakan juadah pasti ada yang sebok menghabiskan juadah. lihatlah aksi yang ditunjukkan oleh warga sk gedangsa dalam acara menghabiskan juadah. berselera sampai 'tak hingat'.

BULAN KEMERDEKAAN 09


setiap tahun warga skg akan menyambut kemerdekaan dengan mengadakan sambutan bulan kemerdekaan yang diuruskan oleh pihak pss.

untuk mengisi bulan kemerdekaan pelbagai aktiviti telah dirangka oleh ajk sambutan. di antaranya pertandingan menghias kelas, pertandingan menghias meja, pertandingan pakaian beragam, pertandingan menghias basikal, pertandingan syair dan sajak dan berbagai aktiviti lagi telah dijalankan dengan jayanya.

SUKAN SKG 3



kalau nak cerita benda - benda yang jadi masa latihan sukan skg 09' satu hari satu malam pun tak cukup. 'so' biarlah lensa kamera yang bercerita. anda lihat gambar dan buatlah ayat sendiri berdasarkan gambar - gambar yang sempat di'snap' masa latihan sukan.


SUKAN SKG 1


sebelum murid buat, cikgu dulu kena buat! anda lihatlah komitmen yang ditunjukkan oleh cikgu - cikgu. ni baru di skg, belum lagi sekolah - sekolah lain. Senarionya tetap sama. cikgu la yang akan berpeluh dulu sebelum murid berpeluh. siapa kata cikgu cuma 'relax' bawah pokok je bila ada sukan atau pendidikan jasmani?

anda lihatlah sendiri dan fikir - fikirkan. janganlah kata yang bukan - bukan pasal kerja cikgu ni. bila kita jadi orang luar memang senang melihat kelemahan dan kecacatan orang. nak tahu kebaikan mai la masuk jadi keluarga cikgu. baru tahu langit tinggi ke rendah!

SUKAN SKG


siapa kata kerja cikgu ni senang? masuk pukul 7.00pg terus ngajar dalam kelas sampai kul 2.00ptg!

anda lihat lah sendiri betapa senangnya kerja cikgu ni.

ingatlah hanya cikgu yang tahu susah senangnya kerja guru ni. bukan saja mengajar dalam kelas, di padang juga cikgu perlu ambil bahagian. ni baru sukan sekolah, belum dikira lagi melatih murid untuk kejohanan daerah mahupun negeri.

bukan setakat jadi jurulatih, sebelum sesuatu kejohanan guru juga perlu menolak mesin minyak hitam untuk buat balapan, mahupun padang.

bukan setakat itu saja, cigu juga perlu tahu selok belok untuk menjadi juri atau pengadil sesuatu kejohanan.

bak kata, cikgu ni mesti tahu serba serbi. itu baru dikira di padang, belum lagi kerja - kerja pengkeranian yang menimbun. mana nak kemaskini fail panitia, fail stok, fail sbt, fail spbt dan macam - macam lagi fail. malah, kadangkala cikgu jugalah tukang kebun yang menanam pokok bunga atau mengindahkan laman sekolah. belum lagi terpaksa memanjat bangunan untuk melukis mural atau mengecat dinding.

pokok pangkalnya bagi mereka yang bercita - cita nak jadi cikgu tu, lu fikirlah sendiri! jangan saja - saja nak jadi cikgu kerana lihat cikgu ada kereta besar atau rumah besar je!

TOPI FESYEN TERKINI (SUKAN)



dalam sebok - sebok menjayakan sukan sekolah, para guru tak lupa untuk menjaga penampilan diri. jika di dalam kelas, guru mengenakan 'blazer' dan tali leher di padang guru - guru mengenakan topi untuk perlindungan diri.

lihat saja fesyen terkini topi yang dipakai oleg guru - guru. hebat dan menarik dan tertarik kau memang de boom!

tahniahlah kepada semua guru kerana masih menjaga penampilan walaupun di padang.

MPSP DALAM KENANGAN


saja nak mengimbau kenangan lama sewaktu belum jadi cikgu. ni lah dia maktab yang tinggal sejarah, MPSP jalan sultan ahmad shah, p.pinang. banyak jasa maktab ni untuk malaysia.

namun kini maktab ni dah tinggal sejarah. dah tak wujud lagi mpsp, jalan sultan ahmad shah, yang ada sekarang adalah institut perguruan tengku bainun yang letaknya di empangan mengkuang, seberang prai.

aku masuk maktab ni dalam tahun 1988.....,

SPIDERMAN DI TROLAK RESIDENCE


tak sangka rupa - rupanya di skg ni ada species spiderman. bukan seorang tapi 70 orang kesemuanya. hebat betul mereka ni, dengan ketinggian lebih kurang 20meter dari paras bumi, mereka ni dengan selambanya menggunakan abah - abah meluncur dari atas pokok merentasi kolam dan mendarat di bumi.

namun dalam berani, ada juga yang kecut perut, dipaksa rela barulah nak mencuba. walaucamnepun tahniah la pada you allzz yang hebat. tahun depan kita buat lagi tinggi.

SEHATI BERDANSA DI TROLAK RESIDENCE 09'


dalam sebok menjalankan aktiviti yang ditetapkan oleh komandan campsite trolak, sempat juga para peserta perkhemahan menari salsa dan tango. anda saksikanlah sendiri betapa mesranya hubungan di antara para peserta.

TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING 09'


2009 merupakan tahun paling sebok bagi warga skg. berbagai aktiviti dirangka dan dilaksanakan baik di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri.
salah satu aktiviti yang menjadi tanggungjawab bagi pihak skg untuk dilaksanakan adalah sebagai tuan rumah pesta bola baling mssd hulu selangor bawah 12thn lelaki dan perempuan.

dalam pertandingan peringkat daerah, pasukan perempuan bawah 12tahun telah berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan.

untuk peringkat negeri yang di adakan di daerah sepang, pasukan lelaki bawah 12tahun telah berjaya mendapat tempat ketiga menyamai pencapaian pada tahun 2008. tahniah kepada semua juru latih dan kontinjen mssd hulu selangor terutamanya kepada ketua kontinjen pn rosidah.

FAMILYDAY PORT DICKSON 2008





setiap tahun bkgk sk gedangsa akan mengadakan familyday sebagai pengerat silatulrahim sesama insan. tahun ni seronok juga dapat ke port dickson.

PASUKAN BOLA JARING 2009


2009 merupakan tahun cemerlang bagi pasukan bola jaring sk gedangsa. ini kerana pasukan ini telah berjaya mewakili zon pkg soeharto ke pertandingan bola jaring mssd hulu selangor bawah 12 tahun.

HARI GURU 2009



sambutan hari guru 2009 dimulakan dengan perarakan motorsikal besar ke seluruh pelusuk kampung gedangsa. pada tahun ini pibg dan bkgk telah merancang satu kejutan untuk jiran kami smk gedangsa. rombongan guru dan penduduk kampung dengan bermotorsikal besar telah mengejutkan warga smk gedangsa dengan menyerbu sambutan hari guru smk gedangsa.

PENDIDIK SKG 2008

HARI GURU 2007


setiap tahun sk gedangsa akan mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah tanda menghargai jasa guru yang tidak ternilai.

pada tahun ini pibg dan bkgk sk gedangsa telah merangka program yang mantap untuk memeriahkan suasana.

acara dimulakan dengan perarakan bermotosikal mengelilingi kampung yang mana guru - guru telah diarak oleh penduduk kampung dengan diketuai oleh ydp pibg en.mohd arif.



seterusnya guru - guru dihiburkan dengan persembahan oleh murid - murid. untuk menghangatkan suasana, pertandingan bola jaring di antara guru melawan pibg dan bola sepak di antara guru dengan ibu bapa telah diadakan.

GAMBAR BASAH DI HOT SPRING


setelah penat berkhemah dan menyertai pelbagai aktiviti di camp site trolak residence, maka acara kemuncak yang ditunggu - tunggu pun tiba.

acara mandi basah di hot spring sg klah, telah dirasmikan dengan jayanya oleh gpk koku pn rosidah. memang betul - betul basah!

PENUTUPAN BULAN MEMBACA



ahli jawatankuasa pusat sumber sk gedangsa telah mengadakan program bulan membaca peringkat sekolah pada bulan jun yang lalu.
majlis penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh tuan guru besar en.suhaimi bin hj.ramly.
majlis penutupan tersebut telah dimeriahkan dengan persembahan oleh pengawas pusat sumber sekolah dengan bimbingan cikgu kosnan dan cikgu hamizan.

perkhemahan felda residence trolak (pt5)

bang nari tanggo ke?

susah senang seorang guru



SALAM MESRA BUAT GURU,

sebelum penulis meneruskan menulis terlebih dulu penulis nak bagi tabik hormat pada Cikgu Rozilah Abdullah, 37, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Mahkota atas keberaniannya mengambil tindakan saman terhadap pengetuanya.

perkhemahan felda residence trolak (pt4)

macam - macam ragam yang dapat dilihat sewaktu perkhemahan. ada yang lucu, ada yang sedih dan ada juga yang misteri. lihatlah aksi - aksi yang sempat dirakam oleh lensa kamera

perkhemahan felda residence trolak (pt3)

perkhemahan felda residence trolak (pt2)


dalam perkhemahan bencana alam kali ini, pihak pengurusan camp site felda resident telah merangka berbagai aktiviti yang menarik dan menguji tahap kesabaran, disiplin dan kecekalan para peserta.
antara aktiviti yang dijalankan adalah uji minda, rentas halangan, rentas hutan dan berbagai lagi aktiviti yang menyeronokkan

perkhemahan felda residence trolak (pt1)


pada 10 - 11hb okt 09, pasukan pengakap, kadet tunas remaja dan puteri islam sk gedangsa telah mengadakan perkhemahan bencana alam di camp site felda residence, trolak. seramai 60 orang murid dan 10 orang guru pengiring telah terlibat dalam perkhemahan kali ini.

raya sk gedangsa (pt2)


banyak lagi gambar - gambar majlis sambutan hari raya sk gedangsa. tunggu kehadiran raya pt3, raya pt4, raya pt5.

raya sk gedangsa (pt:1)


seperti tahun - tahun sebelumnya, warga sk gedangsa tidak ketinggalan mengadakan majlis sambutan hari raya yang amat meriah sambutannya.
selain dihidangkan dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh guru - guru sendiri, para hadirin juga disajikan dengan persembahan nyanyian oleh murid - murid tahap satu dan tahap dua.
untuk memeriahkan majlis pihak penganjur telah sudi memberikan cenderahati kepada murid - murid yang berpakaian paling cantik.

pewaris negara


anak - anak adalah pewaris negara. bentuklah mereka semasa mereka masih lembut.

senang ke jadi cikgu?


ramai yang kata kerja cikgu ni senang. datang kul 7pagi balik kul 2petang.kerjanya ngajar dalam kelas je?

anak didik skg


salam pada semua,
blog ini penulis dedikasikan kepada warga gedangsa dan seluruh family sk gedangsa atas kesudian menerima penulis mencurah bakti di sini.
Tahun 1990 merupakan langkah kaki pertama penulis ke alam pendidikan dan bergelar cikgu. terima kasih dan alhamdulillah kepada anak - anak didik yang telah mengajar dan mematangkan penulis dalam mengharungi perjalanan sebagai seorang guru.
dengan adanya ILTIZAM SKG, dapatlah penulis merakam segala cerita suka, duka yang berlaku di skg.
semoga segala apa yang terakam dalam blog ini menjadi inspirasi kepada semua dalam menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah.

SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA