MPSP DALAM KENANGAN


saja nak mengimbau kenangan lama sewaktu belum jadi cikgu. ni lah dia maktab yang tinggal sejarah, MPSP jalan sultan ahmad shah, p.pinang. banyak jasa maktab ni untuk malaysia.

namun kini maktab ni dah tinggal sejarah. dah tak wujud lagi mpsp, jalan sultan ahmad shah, yang ada sekarang adalah institut perguruan tengku bainun yang letaknya di empangan mengkuang, seberang prai.

aku masuk maktab ni dalam tahun 1988.....,


orang sebok study dan buat assignment, awak sebok buat 'GERSO'. balik kul 2-3pagi tu memang dah 'standard'. bukan pergi dating, tapi pergi tengok wayang lepas tu main video game. biasala tempat lepak kalau tak 'GAMMA' mesti kat 'KOMTAR' tingkat 3.

waktu praktikum, orang sebok buat ringkasan mengajar, awak sebok jadi nelayan. tidur kat jeti teluk bahang sambil layan senangin dan belukang.

setakat pusing 'tanjung' naik motor tu biasa. setakat 'citypoint', alor star kedah memang tahu la lubuknya.

tapi itu dulu, pengalaman manis mengajar aku jadi 'orang'. akhirnya alhamdulillah kini aku dah jadi cikgu. terima kasih kepada skg yang menjadikan aku seorang cikgu. terima kasih kepada arwah cikgu mazlan, terima kasih kepada cikgu salmiah, terima kasih kepada cikgu sulaiman, terima kasih kepada cikgu rahman, terima kasih kepada cikgu fauzi. ni lah cikgu yang banyak mengajar aku jadi cikgu.

terima kasih juga pada anak murid skg tahun 1990-1993. anda lah yang sebenarnya menjadikan saya sebagai seorang guru. anda semua memang best. tahniah kepada anda semua yang telah menjadi doktor, menjadi guru, menjadi pensyarah, menjadi pegawai bank, menjadi usahawan, menjadi mekanik, menjadi pegawai sprm, menjadi pegawai tadbir, menjadi setiausaha, menjadi kerani, menjadi jurutera, menjadi bini orang dan menjadi bapak orang.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH


SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA