
setelah penat berkhemah dan menyertai pelbagai aktiviti di camp site trolak residence, maka acara kemuncak yang ditunggu - tunggu pun tiba.
acara mandi basah di hot spring sg klah, telah dirasmikan dengan jayanya oleh gpk koku pn rosidah. memang betul - betul basah!


melihat cikgu salleh yang telah basah, membuatkan cikgu faridah tak tertahan rasa untuk membasahkan dirinya juga. namun dengan perasaan riak dan marah, cikgu salleh telah menghalang cikgu faridah untuk mandi bersama. ini membuatkan cikgu faridah memanggil semua ahli perkhemahan untuk menyerang kolam hot spring.

anda saksikanlah betapa hebatnya serangan yang dilakukan oleh rombongan perkhemahan.


akhirnya rombongan setelah bertarung hingga segala - galanya basah, akhirnya kolam hot spring berjaya ditawan.