HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010
salam perpaduan,
benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke bumi menjadi pohon. alhamdulillah untuk kesekian kalinya, majlis anugerah kecemerlangan skg berlangsung dengan jayanya pada 31hb mac 2010.
majlis telah dirasmikan oleh yang berbahagia dato' idris yb dun n7. diharapkan dengan adanya majlis sedemikian menjadi sebagai pemangkin kepada murid - murid untuk lebih bersungguh - sungguh menggapai kecemerlangan di dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
PEMILIHAN BAKAT BOLA BALING DAERAH
salam perpaduan,29hb Mac 2010, bertempat di padang skg telah berlangsung program pemilihan pemain bawah 12tahun yang akan mewakili daerah hulu selangor ke kejohanan bola baling mssn selangor yang akan diadakan pada 6hb April 2010 di daerah gombak.
seramai 65 orang murid dari sekolah - sekolah daerah hulu selangor telah hadir didalam sesi pemilihan kali ini.
juru teknik bola baling daerah iaitu en.suhaimi bersama - sama para juru latih telah bertungkus lumus mencari para pemain yang boleh mewakili hulu selangor ke peringkat negeri yang akan di adakan pada bulan april nanti.
semoga pada tahun ini pasukan bola baling daerah hulu selangor dapat memperbaiki pencapaian di tahun lepas yang hanya mendapat tempat ke tiga kategori lelaki...

BALASUNGKAWA
salam perpaduan,
sesungguhnya tiap yang bermula akan berakhir.....tiada yang kekal. dunia ini hanya suatu persinggahan bagi hambanya.
28hb mac 2010...adalah titik noktah untuk seorang pengembara....
en.salleh bin hj talib pengawal keselamatan yang penuh dedikasi dan baik budi pekerti telah pergi ke rahmatullah secara mengejut setelah koma selama dua hari...
sesungguhnya pihak skg amat merasai kehilangan beliau..
takziah buat keluarga beliau dan marilah kita bersama - sama membacakan alfatihah buat arwah untuk bekalan beliau...
GURU MUDA MENYEMAI BUDI MENUAI BUKTI
salam perpaduan,
alhamdulillah hari ni bermula cerita anak - anak muda turun ke bendang menyemai budi. awal cerita memang kekok untuk bermula, namun bila keringat sudah menyirami tubuh, semangat mula menyengat, aura mula meliputi segenap pancaindera, bahang masa bergerak terlalu pantas sehingga 2jam yang diperuntukkan terasa singkat adanya.
begitulah sebuah cerita sebuah pengorbanan. awal langkah kaki terasa berat, namun apabila resapan aura menyelinap ke seluruh anggota, langkah kaki terasa ringan, perjalanan yang panjang bagai tidak terasa.........
hari ini kita menyemai budi, kita sirami benih dengan kemanisan ilmu, kita taburkan kasturi mewangi agar harumnya kekal abadi........
terima kasih semua....
A STAR STUDENT
salam perpaduan,
cemerlangkah kita? hebatkah kita? kenapa aku tak pandai macam dia? kenapa cikgu selalu marah aku? kenapa mak aku macam benci pada aku? kenapa semua ni jadi pada aku?
kekawan semua,
pernah ke soalan - soalan ini berlegar dalam fikiran anda? kalau ada, tahniah! anda sudah termasuk di dalam golongan yang menuju ke arah A stAr stuDent..
eh! ye ke?..
ya sudah tentu! salah satu prasyarat untuk menjadi terbaik adalah bercakap dengan diri sendiri....bermain dengan persoalan - persoalan begini akan membuat minda bawah sedar kita berfikir dan mencari jawapan dan seterusnya akan menggerakkan diri kita untuk keluar dari permasalahan itu...
ingat!! kita adalah khalifah terpilih untuk meneruskan kecemerlangan umat di dunia ini....
banyak lagi perkara yang akan disentuh dalam tulisan yang seterusnya, dan saya tinggalkan kekawan dengan kata - kata yang mudah tapi amat bermakna;
1. Saya adalah tuan pada diri sendiri
2. Untuk suatu itu berubah, saya dulu mesti berubah
3. Jika dia boleh buat, saya pun boleh
4. Saya buat dan buat dan buat dan berjaya!
5. Saya seorang pengasih dan berkebolehan
6. Fokus
7. Belajar dari kesilapan
8. GAGAL! SAYA TIDAK GAGAL
9. SAYA ADA PILIHAN. MENANG!
10.SAYA BUAT HABIS BAIK DAN BAIK DAN BAIK!
tulis atau lukis poster dan tampal di dalam bilik peribadi anda....biarkan kata - kata ini menggerakkan minda bawah sedar kita dalam menuju kecemerlangan....
Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah. (Surah Al- Imran [Surah ke-3]: Ayat ke-110)
…anda semestinya insan terhebat dan cemerlang. Itulah hakikat diri anda, tiada siapa yang menafikannya, sebaliknya anda yang menafikan kehebatan diri anda sendiri……
…sampai bila kita hanya melihat kejayaan orang lain?!!!
…sampai bila kita nak bertepuk tangan untuk orang lain?!!!
….INGAT!!!! Selama ini kita bukan lemah!! Kita cuma mendapat keputusan yang silap!!
PROGRAM GURU MUDA MATEMATIK
salam perpaduan,
terima kasih kepada mantan murid skg yang sudi menyahut seruan untuk berbakti di sini. walaupun sudah lama meninggalkan sekolah ini, alhamdulillah kami masih lagi berada di hati anda semua..
dengan adanya program seumpama ini, cita - cita dan impian warga skg untuk melihat kecemerlangan selama ini dapat dipertahankan malah dapat digilap menjadi lebih gemilang.
untuk mantan skg yang jauh di mata, anda semua tetap di hati kami. bersedialah menyahut seruan kami untuk berbakti di sini sedikit masa lagi. lebih banyak program telah dan sedang dirangka untuka kebaikan anak - anak felda gedangsa...
NAJMI PECAH REKOD DAERAH DAN DINOBATKAN SEBAGAI OLAHRAGAWAN MSSD BAWAH 12TAHUN
salam perpaduan,
berita terkini hiburan sensasi......anda kenal najmi?..ala anak lan.. lan mana erk? lan yang dok kg keliling...yang buka kedai pomen motor..kenal ker? yezzer betul la tuh...lan pomen... najmi ni anak dia ler..
masa kejohanan olahraga mssd hulu selangor 23 hingga 26hb mac 2010 yang di adakan di stadium proton city, beliau telah mengejutkan ramai pihak. dalam acara akhir lompat jauh kategori bawah 12 tahun beliau telah memecahkan rekod terdahulu dengan jarak lompatan 4.49m.
manakala di dalam acara akhir lari 100m, walaupun beliau mendapat tempat kedua tetapi beliau berjaya memperbaharui rekod daerah dengan 13.1s.
untuk kesekian kalinya selepas hishamuddin jabbar (jimbob) dinobatkan sebagai olahragawan daerah pada tahun 1993, kini pada tahun 2010 najmi ajlan telah dianugerahkan sebagai olahragawan mssd dalam kejohanan ini.
setinggi tahniah kepada najmi dan tahniah juga kepada cikgu pengiring, cikgu salleh dan pn. faridah... tak sesia anda melatih hingga larut malam...hehehehehe
Boy runs away from homework
A 10-year-old boy stowed away on a train and ran away from home in China - because he had too much homework.
Xu Zhiqiang, 10, from Cili town, Hunan province, ended up thousands of miles away from home, reports Information Times.
He said he could not cope with the amount of homework he was expected to complete during the one month winter holiday.
Xu said: "Each of us has to finish two thick books of homework. Take the mathematics homework as an example, it has 100 pages with all kinds of questions."
To make matters worse, Xu's mom found a mistake on one question and punished him by getting him to correct the mistake and copy the right answer 100 times.
After copying it 50 times, an exhhausted Xu ran out of his home and hopped onto a train.
"I stayed under the seat a day and a night during which I transferred trains as all people did and finally I didn't know where I had come to," he said.
Xu had reached Guangzhou station, thousands of miles from home, where a station policeman found him the next day.
He could not remember his telephone number - or even his full address - but eventually the policeman managed to contact his worried parents.
The boy's father, Xu Yueping, said: "We were going desperate. The whole town was out looking for him. Now we finally can breathe normally."
moral of the story: JANGAN LARI DARI MASALAH......

MAJLIS PERPISAHAN GB DAN GPK 2010
salam perpaduan,
1994 permulaan sebuah perjananan yang panjang seorang insan bernama suhaimi hj.ramly di sebuah sekolah bernama skg. setiap yang bermula pasti ada penghujungnya begitu juga kisah kehidupan en.suhaimi hj.ramly sebagai seorang guru besar di sini. 1.3.2010 sepucuk surat yang diterima daripada kementerian pelajaran malaysia telah membawa kepada detik perpisahan tuan guru besar.
sukar untuk diungkai dengan kata - kata pabila berita tersebar merata mengatakan skg akan kehilangan seorang gb yang prihatin terhadap warga.
namun kisah sedih skg bukan setakat cerita perpisahan guru besar, untuk menambah luka, berita ke dua diterima. pn.rosidar ahyar, gpk kokurikulum yang baru setahun berada di skg juga diminta berpindah ke star,kuala kubu bharu.
dua berita itu membawa kepada kesepakatan guru - guru untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa sebagai bekal memori untuk dua insan istimewa.
sukar untuk diungkai dengan kata - kata betapa indah sebuah majlis perpisahan,pabila setiap warga, mewarnani hari itu dengan kegembiraan pada awalnya dan akhirnya disulami dengan linangan air mata tanda mengakui banyak kenangan antara semua.
sesungguhnya pihak warga skg mengucapkan segunung harapan agar en.suhaimi hj.ramly dan pn rosidar mengekalkan momentum kecemerlangan di sekolah yang membuka pintu kepada mereka.
terima kasih cikgu suhaimi. terima kasih cikgu rosidar.
pisang emas di bawa belayar,
masak sebiji di atas peti;
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati...........

NI LAH JADINYA BILA CIKGU TUA PI FURTHER STUDY
salam perpaduan,
hari ni masuk hari kedua di IPGMKBA. semalam sampai saja di bilik kuliah sudah diberikan tambahan assignment. ditambah lagi dengan tugasan pembentangan yang perlu disiapkan untuk dibentangkan di waktu petang. mak ai! penat dan stress pasti melanda dan bisa tumbang bagi yang tak cukup semangat.
makan dan tidur pastinya perkara ke dua atau ke tiga, yang penting apa yang diminta mesti diselesaikan.
pagi ni, betapa kelam kabut dan kalutnya rakan sekuliah menyiapkan tugasan yang seterusnya, pembinaan model bilik PSVisual. ditambah lagi dengan penyediaan folio yang harus di dalamnya diisi dengan pelbagai perkara yang baru diminta pagi tadi.
hendak tak hendak, mahu tak mahu kehendak pensyarah harus diikuti. jika tidak pastinya markah diberi akan menjadi rendah.
BOLA SEPAK PKT ZON
salam perpaduan,
8.3.2010 yang baru lalu telah diadakan pertandingan bola sepak MSSD pkt.zon di felda sg.tengi.
skg bertandang ke padang sk sg.tengi dengan membawa harapan yang tinggi untuk mencapai kemenangan yang akan dijadikan hadiah paling bermakna untuk pn.rosidah dan cikgu suhaimi yang akan berpindah.
awal pertandingan, skg menunjukkan taring sebagai pasukan yang harus digeruni. menang dengan sk.gesir tengah 1 - 0. diikuti kemenangan 3-0 membelasah sk seri fajar.
namun demikian telah kalah dengan sk sg.tengi 0-1 dan dalam perlawanan separuh akhir telah kalah dengan sk.soeharto 0-2.
walaupun tidak dapat menghadiahkan kejuaraan kepada pn.rosidah dan cikgu suhaimi, namun komitmen dan perjuangan yang tidak berbelah bagi yang ditunjukkan oleh para pemain dan jurulatih harus dipuji.
tahniah kepada anda semua dan tahun depan masih ada lagi. kita belasah mereka!!
INILAH KITA 1990-2010
Salam perpaduan,
20 tahun mencurah bakti. banyak peristiwa tercatat dalam lipatan sejarah. jika dicatat semuanya di sini pastinya ruangan tidak mencukupi.
biarlah gambar menjadi pencerita segala perkara yang dilakukan bersama.
P/S: sesapa ada gambar dulu - dulu di skg, boleh la upload dlm fb.
balasungkawa untuk yang telah tiada: khairie bahrain

GEDANGSA BELASAH GESIR 6-3
dengan penuh debaran pemain sk gesir menyarung jersey
dengan rasa kononnya hebat jurulatih menyusun strategi untuk menang
pasukan yang bertanding bergambar bersama sebelum sepak mula
salam perpaduan,
hari ni nak story satu cerita yang bagus. semalam 3/3/2010 diadakan satu perlawanan persahabatan bola sepak di antara skg ngan sk gesir tengah.
keputusannya? he he he, skg sebagai sebuah pasukan yang kuat langsung tidak memberikan peluang untuk sk gesir tengah membawa pulang kemenangan. walaubagaimanapun sebagai menghormati kehadiran pasukan lawan, skg telah memberikan buah tangan untuk di bawa pulang oleh pasukan sk gesir tengah. dengan rasa penuh takzimnya pihak skg telah memberikan 3 biji gol kepada sk gesir tengah untuk di bawah pulang dan dikongsi bersama oleh ahli pasukan.
gol pertama perlawanan
manakala untuk tidak mengecilkan hati tuan rumah, sk gesir pula memberikan 6 biji gol kepada skg. he he he, makna kata skg menang 6 dibalas sk gesir ngan 3 gol.
tahniah kepada cikgu salleh sebagai jurulatih dibantu oleh en.azizi, en.paie dan en.jakik.
lu orang hebat bro!
KE MANA PINDAHNYA CIKGU SUHAIMI DAN PN ROSIDAR?
salam perpaduan,
akhirnya teka - teki ke mana pindahnya cikgu suhaimi dan pn rosidar akhirnya terjawab. menurut surat kementerian yang diterima pada 1/3/2010, cikgu suhaimi akan berpindah ke sk kalumpang, hulu selangor. manakala pn rosidar akan ke STAR, kkb.
siapa pula yang akan menjadi guru besar sk gedangsa?
bagai sireh pulang ke junjung, cikgu yang pernah mengajar di skg dahulu akhirnya pulang untuk mencurah bakti sekali lagi di sini.
anak tempatan, yang kini menjadi guru besar sk hulu bernam akan kembali ke skg. kenal cikgu akhwan jamil?. beliau telah dilantik menjadi guru besar skg selepas ini.
tahniah kepada cikgu akhwan dan terima kasih cikgu suhaimi dan pn rosidar.
PN ROSIDAR PINDAH?!!!!
CIKGU SUHAIMI PINDAH?!!!
salam perpaduan,
cikgu suhaimi pindah? betul ker? berita yang baru diterima dari mulut cikgu suhaimi sendiri. surat akan diterima pada pukul 3.00 petang ini di bilik mesyuarat ppd pada petang ini 1/3/2010.
pindah mana? tak tahu lagi. walaubagaimanapun, skg tentunya terasa kehilangan cikgu suhaimi. selama 16 tahun mencurah bakti di sini, pastinya segala pengorbanan akan menjadi kenangan abadi bagi setiap warga skg dan xskg.
kami warga skg memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki apa sahaja kelemahan dan kesilapan kami terhadap cikgu.
andaikata berita ini tidak benar, syukur alhamdulillah. kami sentiasa mengalu - ngalukan cikgu di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)