salam perpaduan,
1994 permulaan sebuah perjananan yang panjang seorang insan bernama suhaimi hj.ramly di sebuah sekolah bernama skg. setiap yang bermula pasti ada penghujungnya begitu juga kisah kehidupan en.suhaimi hj.ramly sebagai seorang guru besar di sini. 1.3.2010 sepucuk surat yang diterima daripada kementerian pelajaran malaysia telah membawa kepada detik perpisahan tuan guru besar.
sukar untuk diungkai dengan kata - kata pabila berita tersebar merata mengatakan skg akan kehilangan seorang gb yang prihatin terhadap warga.
namun kisah sedih skg bukan setakat cerita perpisahan guru besar, untuk menambah luka, berita ke dua diterima. pn.rosidar ahyar, gpk kokurikulum yang baru setahun berada di skg juga diminta berpindah ke star,kuala kubu bharu.
dua berita itu membawa kepada kesepakatan guru - guru untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa sebagai bekal memori untuk dua insan istimewa.
sukar untuk diungkai dengan kata - kata betapa indah sebuah majlis perpisahan,pabila setiap warga, mewarnani hari itu dengan kegembiraan pada awalnya dan akhirnya disulami dengan linangan air mata tanda mengakui banyak kenangan antara semua.
sesungguhnya pihak warga skg mengucapkan segunung harapan agar en.suhaimi hj.ramly dan pn rosidar mengekalkan momentum kecemerlangan di sekolah yang membuka pintu kepada mereka.
terima kasih cikgu suhaimi. terima kasih cikgu rosidar.
pisang emas di bawa belayar,
masak sebiji di atas peti;
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati...........