NI LAH JADINYA BILA CIKGU TUA PI FURTHER STUDY
salam perpaduan,
hari ni masuk hari kedua di IPGMKBA. semalam sampai saja di bilik kuliah sudah diberikan tambahan assignment. ditambah lagi dengan tugasan pembentangan yang perlu disiapkan untuk dibentangkan di waktu petang. mak ai! penat dan stress pasti melanda dan bisa tumbang bagi yang tak cukup semangat.
makan dan tidur pastinya perkara ke dua atau ke tiga, yang penting apa yang diminta mesti diselesaikan.
pagi ni, betapa kelam kabut dan kalutnya rakan sekuliah menyiapkan tugasan yang seterusnya, pembinaan model bilik PSVisual. ditambah lagi dengan penyediaan folio yang harus di dalamnya diisi dengan pelbagai perkara yang baru diminta pagi tadi.
hendak tak hendak, mahu tak mahu kehendak pensyarah harus diikuti. jika tidak pastinya markah diberi akan menjadi rendah.