LAPORAN BINA INSAN GURU 2009 (part 1)

KHAS UNTUK KEKAWAN,
saja masukkan laporan BIG dalam blog ni. sebagai perkongsian ilmu bersama kekawan mahasitua yang sedang bergelut untuk mendapatkan segulung kertas yang bernama ijazah.

Laporan Kursus Bina Insan Guru 1/2009

Taklimat 1
Tarikh : 07.12.2009
Tempat : Dewan Kuliah C
Hari : Isnin
Masa : 12.00 petang

1. Pegawai HEP IPBA Encik Mohd Arus bin Abdul Kudus
1.1 Menerangkan tujuan dan matlamat BIG.
1.2 Pemendekan BIG dari 4 hari 3 malam ke 3 hari 2 malam.
1.3 Memaklumkan jadual BIG
1.4 Memaklumkan 13.12.2009 (Ahad)- BIG akan dijalankan di Blue Lagoon, Port Dickson.
1.5 Pengangkuatan bas ke Port Dickson akan disediakan.
1.6 Memaklumkan ada peserta yang akan menaiki kendaan sendiri.
1.7 Menyanyikan lagu Negaraku dan KBA dalam BIG.
Refleksi......

Perkara pertama yang terdetik di dalam benak fikiran saya, mengapa program seumpama ini diterapkan kepada pelajar PGSR? Apakah setelah lebih 20 tahun berkhidmat membina dan melahirkan insan yang boleh dijadikan modal insan untuk Negara dan bangsa, khidmat kami sebenarnya dipandang sebelah mata oleh pihak berkenaan? Apakah pihak – pihak yang menetapkan pra-syarat untuk pelajar PGSR menyertai Bina Insan Guru ini, menidakkan pengalaman saya yang telah acapkali terlibat dengan program seumpama ini di sepanjang perkhidmatan saya sebagai guru?
Pertanyaan – pertanyaan itulah yang muncul apabila mendapat tahu Bina Insan Guru adalah wajib bagi setiap pelajar PGSR. Sesi perjumpaan dan penerangan pertama oleh En.Mohd. Arus bin Abdul Kudus merungkai segala persoalan.
Bermula dengan penerangan berkaitan tujuan dan matlamat BIG diadakan hinggalah kepada jadual aktiviti BIG, memberi sedikit jawapan kepada keraguan saya selama ini.
Setiap dari kita perlu akur bahawa kita tidak semestinya betul dan sentiasa betul. Apa yang betul pada kita mungkin salah pada orang lain dan apa yang salah pada kita adalah benar bagi orang lain. Ikhlas mencari ilmu akan membuatkan kita sentiasa gembira menerima apa yang ditetapkan oleh orang lain.

Taklimat 2
Tarikh : 11.12.2009
Tempat : Dewan Kuliah C
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 – 9.00 pagi

1. Ketua Jabatan HEP – Mohd Tahir bin Kamaruzaman
1.1 Menceritakan pengalaman guru yang pernah menyertai BIG.
1.2 Berharap semua peserta memberi kerjasama semasa menjalankan aktiviti BIG.
1.3 BIG dapat membina kecergasan diri guru.
1.4 Pakaian yang sesuai pada setiap aktiviti.
1.5 Memaklumkan semua pelajar PGSR wajib mengikuti BIG.
1.6 Berharap semua peserta dapat menyelesaikan aktiviti BIG.


REFLEKSI
Ini adalah perjumpaan dan taklimat kali kedua untuk Program BIG dan kali ini disampaikan oleh Ketua Jabatan HEP sendiri iaitu En. Mohd Tahir bin Kamaruzaman.
Penerangan serba ringkas berkaitan perjalanan dan pengalaman lepas berkaitan Program BIG ini telah member input yang berguna sebagai persediaan mental dan fizikal bagi saya dalam menjayakan Program BIG ini.

Jadual BIG

11 Disember 2009 ( Jumaat )
0800—0900 Taklimat bersama Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan semua jurulatih
1200—1430 Makan tengah hari dan Solat Jumaat
1430—1630 Ice Breaking dan LDK 1
1630—1730 Minum petang dan Solat Asar
1730—1900 Persiapan diri dan Makan Malam
1900—2100 Solat dengan Kuliah Maghrib dan Isyak / Kuliah Moral

12 Disember 2009 ( Sabtu )
0730—0930 Malaysia Cergas dan senaman
0930—1000 Minum pagi
1000—1300 LDK 2
1300—1430 Makan tengah hari
1430—1630 Persembahan kumpulan bertema “Citra Guru”
1630—1700 Minum petang

13 Disember 2009 ( Ahad )
0730—0930 Pergerakan dari IPGM KBA ke Port Dickson
0930—1000 Minum pagi
1000—1300 Aktiviti air atau kembara
1300—1400 Makan tengah hari
1400—1630 Aktiviti air atau kembara
1630—1700 Minum petang
1700—1730 Refleksi dan Penutup




11/12/2009 ( Jumaat )
1430—1500 : Taklimat BIG
• Seramai 99 orang menghadiri.
• Juru acara En Mazlan
• Tunjuk ajar oleh Encik Mohd Arus (Kem Komandan)
• Semua peserta PGSR mesti bersemangat.

REFLEKSI

Petang yang memberi pengalaman yang tidak menarik bagi saya. Kelemahan yang ditunjukkan oleh saya dan rakan – rakan membawa kepada ketidakpuashatian Kem Komandan, En. Mohd Arus. Teguran oleh En.Mohd Arus membuatkan saya lemah semangat untuk meneruskan Program BIG ini. Bagi saya seharusnya pendekatan diplomasi perlu digunakan dalam menangani pelajar yang berusia dan telah berkhidmat lama dalam bidang pendidikan.

1500—1640 : Slot 1-- Ice Breaking dan LDK 1
• Semua markah diberi oleh Mentor.
• Peserta perlu bersyukur dengan BIG.
• Semua peserta berkumpul kepada 10 orang sekumpulan.
• Aktiviti suai kenal.
• Buat sorakan kumpulan.
• Buat misi dan visi kumpulam.
• Tayangan Video-- Pengalaman Guru.
• Pembacaan cerpen.
• Perkongsian Pengalaman daripada En Ruslan, En Kalam, Pn Azizzah

REFLEKSI

Permulaan sesuatu Program pastinya didahulukan dengan ‘Ice Breaking’. Biasanya inilah tugas saya sewaktu mengendalikan Seminar Motivasi atau Perkhemahan. Kali ini saya menjadi peserta yang menjalankan aktiviti ini. Seronok juga sekali – sekala kita menjadi peserta dan orang lain yang melaksanakan tugasan fasilitator.
Tahniah kepada En. Thahir Nuruddin kerana Berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai fasilitator untuk slot Ice Breaking ini.

1930—2100 : Slot 2
• Sembahyang Maghrib
• Ceramah Pergi Tak Kembali oleh Ustaz Asri bin Abdul Rahman.
• Pesanan Jibril kepada Nabi s.a.w kepada umatnya
• Kasih Ibu
• Pentingkan Qiamullail

REFLEKSI
Slot 2 merupakan slot muhasabah diri. Tahniah kepada Ustaz Asri kerana berjaya menjentik naluri seorang tua untuk menginsafi segala yang pernah dilakukan. Intonasi suara dan gerak laku penceramah amat menarik hingga masa 2 jam yang diperuntukkan seperti terlalu sekejap sahaja.

1930—2100 : Slot 2
• Kursus Moral oleh Encik Mohd Azhar B Abdul Wahab
• Perkongsian sajak “Jasamu dikenang”
12/12/2009 ( Sabtu )
0730—0930 : Malaysia Cergas /Senaman Pagi
• Bertempat di gelanggang tenis
• Diketuai oleh Syed Abdellah bin Syed Omar
• Aktiviti Kawad
• Senam robik
• Latihan persembahan
Refleksi
Aktiviti senamrobik yang dijalankan dapat diikuti dengan sempurna. Hebat juga Tuan Syed senamrobik. Begitu juga dengan Pn. Ana Taksiah yang berjaya mengendalikan aktiviti ini dengan sempurna dan cemerlang.
1030—1230 : LDK 2
• Pengacara Syed Abdellah bin Syed Omar
• Taklimat Ustaz Zarasdi
i. Memaklumkan terdapat 6 kali BIG.
ii. Semua pelajar PGSR diwajibkan.
iii. Berharap semua peserta dapat menjalankan setiap aktiviti nanti
• Majlis diserahkan kepada Pn Nooriah Che Leh untuk meneruskan aktiviti
• Tayangan video tentang pengajar di kawasan pedalaman
• Pembentangan setiap kumpulan berkenaan tajuk-tajuk berikut:
i. Elemen-eleman Jati Diri Guru
ii. Tanggungjawab Profesional Guru
iii. Peranan dan Pengorbanan Guru
iv. Persediaan Guru Untuk Mencapai Aspirasi Pendidikan Negara.
Refleksi
Untuk aktiviti kumpulan, setiap kumpulan telah diberikan tajuk untuk dibincang dan dibentangkan. Kumpulan saya yang terdiri daripada En. Normazlan Mad Raja sebagai ketua, Azni, Zalina, CHoo Ying Far, Won Lee Fong, Nor’azah, Norhayati , Mariamah dan saya sendiri, telah diberi tajuk Tanggungjawab Profesional Guru untuk dibincangkan.
Banyak elemen telah berjaya dikupas oleh setiap kumpulan. Ini semua mungkin disebabkan pengalaman yang panjang dalam bidang perguruan yang dialami oleh rakan – rakan.
Selesai aktiviti kumpulan, klip video guru pedalaman ditayangkan. Saya sudah biasa dengan klip video yang ditayangkan. Malah saya juga telah membuat suntingan dengan memotong dan mencantum ke semua klip yang terdapat di dalam cd itu serta menambah sedikit sebanyak dengan klip suasana di sekolah saya.
Tayangan klip video ini akan sentiasa dipertontonkan kepada semua ibu bapa penjaga sewaktu majlis rasmi di sekolah seperti Hari Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG.
Banyak perkara yang boleh dipelajari dari klip video yang dihasilkan oleh BTP ini.

1400—1640 : Persembahan Kumpulan
• Bertema Citra Guru
• Hakim : Encik Ramlan
• Pengacara Syed Abdellah bin Syed Omar dan Asifah
• Semua persembahan mendapat pujian daripada Encik Ramlan
Refleksi
Persembahan kumpulan merupakan aktiviti yang dinanti oleh semua kumpulan. Di sinilah dapat dilihat kehebatan dan bakat yang ada pada setiap guru. Saya dan ahli kumpulan memilih untuk membuat persembahan spontan dengan tema citra guru.
Komitmen dan persefahaman di antara rakan – rakan di dalam kumpulan telah menghasilkan satu persembahan yang di luar jangka. Alhamdulillah, persembahan kumpulan kami berjaya menarik perhatian dan mendapat pujian dari rakan – rakan dan para pensyarah.
13/12/2009 ( Ahad )
0730—0800
• Berkumpul di KBA
• Taklimat pengangkutan
• Pengundian aktiviti
• Bacaan doa
0800
• Bertolak ke Port Dickson
0930--1000
• Tiba di Port Dickson
• Taklimat daripada Kem Komandan tentang keselamatan, makanan dan persiapan diri.
• Minum pagi.
• Pecah kepada 2 kumpulan untuk aktiviti air dan kembara.
1000—1230 : Sesi 1 – Aktiviti Air ( berkayak )
• En Mohd Arus memberi taklimat tentang cara-cara mengendali kayak dan keselamatan.
• Pembahagian pasangan.
• Berkayak menuju ke destinasi yang ditetapkan.
• Membuat rafting 2 kali
• Taklimat mengenai bakat surut dan bakat pasang.
• Diarah berkayak balik ke pantai.
• Menyusun kayak di pantai.

1230—1430
• Balik ke khemah dan persiapan diri.
• Sembahyang.
• Makan tengah hari.
1430—1700 : Sesi 2 – Kembara
• Berkumpul dan membuat persediaan untuk mengembara ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
• Taklimat daripada Encik Mohd Arus tentang keselamatan.
• Melawati rumah api.
• Encik Jeffrey memberi taklimat tentang sejarah dan kegunaan rumah api.
• Melihat puaran yang berlaku di kawasan pertembungan air.
• Terdapat banyak batu karang.
• Taklimat daripada Encik Mohd Arus mengenai cara membaca kompas.
• Menuju ke perigi orang kampung.
• Air Perigi Keramat banyak dan sihat diminum.
• Terdapat tapak Hang Tuah di atas batu berhampiran dengan telaga.
• Balik ke khemah menyusuri pantai.
• Melalui hutan paya bakau.
1700—1800
• Minum petang.
• Mengemaskan tapak perkhemahan.
• Majlis penutup dirasmikan oleh Encik Mohd Tahir bin Kamaruzaman
1800 Bertolak dari Port Dickson ke KBA
1900 Berhenti di Hentian Seremban untuk makan malam dan sembahyang.
1945 Meneruskan perjalanan balik.
2030 Tiba di KBA.

bersambung.......

SK.GEDANGSA,44020 K.K.BHARU,H.SEL

Photobucket Photobucket Photobucket

REUNION 2010

LAGU BIJAK SIFIR. KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO. tempahan: 0196959407/044701622

nak tengok lagi?..klik gambar

MISI WARGA GEDANGSA

MISI WARGA GEDANGSA

VISI WARGA GEDANGSA