LEMAH DARAB
assalamualaikum,
dah lama tak update blog. very the busy. assignment, mesyuarat, kelas dan macam - macam lagi. ngalahkan perdana menteri seboknya.
okay kali ni nak share idea camne nak selesaikan kelemahan murid kita dalam operasi operasi darab.
sebelum tu nak bagi tau la, hasil kajian kami guru matematik skg, kelemahan murid dalam operasi darab ni adalah disebabkan oleh: tak hafal sifir, tak faham konsep darab dan salah dalam penyusunan nombor.
hasil penyelongkaran di dalam khutub khanah terbesar di dunia (internet la), banyak trick dan tip camne nak bagi murid senang menyelesaikan masalah darab ni. Bila dah senang maka timbullah minat. Bila dah minat maka mudahlah kita nak mengajar.
Ada di antara kita guna kaedah lattice (cara kotak). Ada juga yang guna kaedah menulis nombor terbalik (x9), ada juga yang guna kotak sifir dan yang ironinya ada di kalangan kita yang tak nak pecahkan kepala otak hanya guna kaedah vertical form tanpa nak explore ilmu yang lain.
Dalam kajian tindakan panitia matematik skg, kami memperkenalkan 2 kaedah mudah yang boleh merangsang minat murid dalam operasi darab. Hasilnya memberangsangkan. Murid tahun satu pun boleh selesaikan masalah darab panjang.
Kaedah pertama adalah kaedah hafalan. Bukan hafalan biasa, guna pendekatan seni muzik. Kaedah ni diambil dari cikgu At dari Kedah yang merupakan guru inovasi 2008. Satu lagi kaedah kami guna kaedah seni juga tapi yang ni senilukis pula. Hasilnya, wow! fantastik!.
Nak tau kaedah apa, panggillah saya untuk buat seminar sehari bijak sifir di sekolah tuan - tuan. kos makan minum dan perjalanan, tuan - tuan tanggung la ye. budget merudum la tahun nie.
Satu lagi kalau nak tip kertas 2 upsr pun saya boleh bagi, tapi tak lah sehebat cikgu hassan (gpk sk kkbharu) dan cikgu hamzah(gb sk1 kkbharu). diorang tu sifu saya, anak murid mana boleh lawan sifu.
ilmu Allah maha luas. nak dengan tak nak je