MULTIPLICATON TABLE
Baiklah, sebelum kita menyelesaikan masalah matematik, mari kita kenali jenis-jenis masalah dalam matematik yang sering kita temui dalam peperiksaan.
1. Masalah yang menguji daya ingatan (Penyelesaiannya ialah latih-tubi)
2. Masalah yang menguji kemahiran (latih-tubi)
3. Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
4. Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik bukan dalam kehidupan harian.
5. Masalah yang memerlukan anda menggunakan teori tertentu untuk menyelesaikanya.
Masalah 1,2 dan 3 adalah masalah yang biasa kita temui. Jalan penyelesaiaNnya juga adalah tidak panjang. Tetapi untuk masalah 4 dan 5 jalan penyelesaiannya adalah panjang dan kadangkala kita memerlukan pelbagai kemahiran matematik untuk menyelesaikanNya.
Melakukan kerja rumah adalah satu langkah yang baik untuk membantu memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah matematik. Jika anda membuat kerja rumah berkaitan dengan masalah di atas, anda dinasihatkan melakukan jalan kerja dengan sepenuhnya.
Kekerapan melakukan latihan seperti kerja rumah akan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Tip-tip menyelesaikan masalah matematik.
Aplikasi 4 langkah PÓlya’s;
1. Fahami masalah : Baca keseluruhan soalan dan kenalpasti masalah yang dikemukakan.
2. Rancang penyelesaian masalah anda. Kenalpasti kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
3. Selesaikan masalah seperti yang dirancang.
4. Lihat kembali adakah penyelesaian yang anda perolehi adalah munasabah. Dengan menggunakan kaedah yang sama, cuba selesaikan soalan yang lebih mudah yang anda pasti jawapanya.
Sesetengah masalah memerlukan anda menggunakan pelbagai strategi. Ada yang memerlukan kita melukis gambar, melakar gambarajah, membina jadual, membina senarai, memcipta formula, mengulang-ngulang jalan kerja dan sebagainya.
Tip menyelesaikan masalah soalan berbentuk tulisan (word problem)
Apabila melihat soalan yang panjang dihuraikan, murid biasanya akan meninggalkan soalan tersebut. Ini kerana ramai yang beranggapan yang soalan sebegini sukar.
Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini.
1. Mula-mula kita perlu membaca keseluruhan soalan. Kenalpasti masalah yang diutarakan. Lukis gambarajah jika perlu. Ubah soalan tadi ke dalam bentuk ayat matematik.
2. Selesaikan masalah matematik yang telah anda bentuk tadi.
3. Tulis kembali jawapanya dalam bentuk ayat.